Perniagaan internet bagi
kebanyakan orang selalunya kerana mereka inginkan sedikit wang tambahan
samada untuk menampung pendidikan anak-anak, percutian yang lebih kerap
ataupun teruja melihat bagaimana orang lain mempu menjadi jauh lebih
mewah berbanding apa yang sedang mereka miliki
Bermula dengan impian dan keinginan, ramai orang percaya jika
perniagaan ineternet sesuatu yang boleh dilakukan dari rumah dengan
hanya memerlukan komitmen beberapa jam setiap hari, sudah pasti lama
kelamaan dengan ilmu yang semakin banyak mereka pasti akan dapati
kedudukan kewangan keluarga kini sudah mampu diubah dan ada
penyelesaiannya.
Bekerja dari rumah melalui perniagaan internet atau internet
MLM sememangnya adalah suatu matlamat yang bijak. Tetapi
jangan
anda lupa bahawa pepatah ada berkata "Jika anda gagal merancang, maka
anda sebenarnya merancang untuk gagal". Samalah halnya dengan
perniagaan internet yang anda bercadang untuk diceburi. Perkara pertama
yang perlu anda TERIMA dan SEDARI ialah anda memulakan perniagaan
internet, bukannya mencipta SKIM CEPAT KAYA. Dan setiap perniagaan
memerlukan masa untuk berkembang, perlukan kemahiran, perlukan
keseimbangan antara setakat mana anda berani mengambil risiko tanpa ada
perasaan takut untuk gagal
.
Bagi yang masih baru, sasaran untuk memperbaiki jumlah baki bank akaun
anda boleh dijadikan satu idea yang baik, supaya anda mempunyai modal
yang secukupnya untuk perniagaan internet anda bermula dan
sekurang-kurangnya anda mampu mempunyai lebihan 3 bulan simpanan
kewangan semasa di dalam akaun bank untuk anda menampung kos sara hidup
dalam keadaan terdesak yang lazimnya berlaku pada peringkat awal
perniagaan
Memandangkan anda ingin memulakan perniagaan internet anda sudah pasti
memerlukan Website yang direka untuk memaparkan apa jua produk atau
service yang ingin anda tawarkan. Memandangkan website adalah asas
perniagaan internet, anda boleh samada membinanya sendiri, mengupah
orang lain atau mungkin diberi website percuma.
Sebagai pemilik website pula,
sifat PROFESSIONAL perlulah sentiasa ditonjolkan sepanjang proses
perniagaan ineternet anda (presentation, membuat follow-up, memberi
customer service dan sebagainya) kerana apabila pengunjung
menjumpainya & sudah menunjukkan minat ciri-ciri inilah yang
akan membezakan anda dengan perniagaan internet yang lain.
Mendapatkan orang untuk mengunjungi Website anda pula ialah perkara
seterunya yang paling penting untuk diambil SERIUS, dan inilah apa yang
dipanggil pemasaran atau pengiklanan. Terdapat banyak kaedah untuk
melakukannya tetapi hanya apabila anda cukup matang barulah anda akan
mulai sedar mana satu kaedah yang memberikan kesan paling
memberangsangkan. Terdapat banyak maklumat yang boleh anda dapatkan
diluar sana
Sekali lagi, perniagaan internet bukan konsep makan gaji dan anda
sendiri yang perlu menentukan sendiri sebanyak mana keuntungan yang
ingin anda hasilkan. Sebaik anda rasa semua urusan online telah
diselesaikan, rebut apa sahaja peluang offline untuk mengembangkan lagi
perniagaan internet anda seperti iklan di majalah & akhbar,
edaran pamphlet atau apa sahaja kreativiti yang mampu anda lakukan.
Tidak kira apa sahaja bidang perniagaan internet yang ingin anda
ceburi, tanamkan keyakinan bahawa apa yang anda tawarkan adalah sesuatu
yang anda sendiri yakini 100% bahawa ianya yang terbaik. Jika ini mampu
dilakukan, peniagaan internet sememangnya lombong emas bagi yang
mengetahuinya
Perniagaan melalui internet,
anda mampu melakukannya !
|
Takrifan perniagaan
internet | jutawan internet | rahsia
perniagaan internet | buat
duit dari internet | rahsia
internet | peluang
menambah pendapatan | |
bisnes online | duit
mudah | jana
pendapatan | rahsia
jutawan jutawan internet terbongkar | cari
duit guna internet | perniagaan
internet |