

|
PENDAPATAN TAMBAHAN
Apa
yang semua orang perlu tahu
Mencari pendapatan tambahan secara online
kini sebenarnya suatu cara terbaik untuk sesiapa sahaja yang ingin
memperbaiki kewangan mereka. Semakin ramai individu di
Malaysia kini menjadikan kaedah yang semakin popular ini untuk
menghasilkan cek-cek peribadi yang mereka cetak sendiri (kerana kini
anda yang menentukan sebanyak mana wang yang anda mahu dan tidak lagi
bergantung pada slip gaji bulanan) sendiri selain dapat meluangkan
lebih banyak masa bersama keluarga.
Kerana kos sara hidup yang semakin tinggi, ramai yang masih tidak mampu
memiliki rumah sendiri sekalipun sudah bertahun-tahun bekerja untuk
orang lain. Ditambah dengan ekonomi yang yang semakin mendesak, bil
telefon, bil air, bil elektrik, bayaran kad kredit, hutang kereta, duit
rumah dan pelbagai lagi sebab yang menjadikan orang semakin sensitif
dengan duit.
Semua orang melalui perkara yang sama. Semakin meningkat usia maka
semakin tinggi komitmen yang bakal dirasa. Zaman bujang tidak sama
dengan zaman berumahtangga, zaman tiada harta tidak sama dengan zaman
anda memiliki kereta dan rumah sendiri. Sampai masa semua orang akan
sedar semakin sukar membuat tabungan yang konsisten dan meningkat tahun
demi tahun. Jika anda tidak pernah ambil tahu mengenai "Net Worth" maka
anda perlu ambil tahu mulai sekarang.
Tidak mempunyai baki wang yang yang mencukupi didalam akaun bank
sepatutnya bukan bermakna tiada apa yang boleh anda lakukan untuk
mencari pendapatan tambahan. Bagaimanapun, "do it right the first time"
dan anda pasti lebih mudah untuk berjaya. pendapatan tambahan melalui
internet adalah bukti yang nyata.
Berikut apa yang
perlu anda faham mengenai pendapatan tambahan dan gaya hidup bekerja
sendiri dari rumah secara online:
- Jangan
letakkan 100% pendapatan sampingan anda dari "satu bakul yang sama".
Anda perlu selalu fikirkan apa yang dipanggil sebagai multiple streams
of income. MLM yang tepat boleh membantu jika ia mampu menghasilkan
jualan ulangan yang tinggi tetapi jika tidak anda perlu sentiasa
mempunyai backup sales yang tidak terputus. Ini kerana hanya dengan
jualan yang berulang maka anda akan mendapat pendapatan tambahan yang
berulang kali.
- Letakkan
usaha yang sewajarnya pada pendapatan tambahan secara online anda.
Sebagaimana anda komited dengan kerjaya begitulah juga anda perlu
lakukan terhadap kerjaya pendapatan tambahan anda yang baru ini. Buat
perancangan, pastikan anda mempunyai disiplin tinggi untuk
mempraktikkan apa yang anda tahu selain pengetahuan yang mendalam
tentang apa sahaja yang anda usahakan. Berjaya atau gagal selalunya
bukan disebabkan oleh produk ataupun syarikat sebaliknya sikap yang
tidak betul sebagai business owner
- Bagi
mereka yang masih baru, jangan mudah terpedaya dengan "potensi
pendapatan" kerana hasil seorang individu dengan individu yang lain
sudah pasti berbeza mengikut sikap masing masing. Jangan terlalu
mengharapkan pendapatan sampingan RM40,000 setahun. Bagi kebanyakan
orang, hasil diperolehi selalunya kurang dari itu
- Buat
perancangan kewangan dengan teliti sebelum anda membuat keputusan
drastik untuk berhenti dari profesion sedia ada. Tiada wang yang akan
datang bergolek dan belum ada bukti jumlah pendapatan tambahan yang
diperolehi. Monitor perkembangan pendapatan tambahan anda sehingga anda
benar-benar yakin anda boleh jadikan ia sebagai sumber kewanaan sepenuh
masa
- Fahami
realiti perniagaan sememangnya memerlukan modal, tidak kira samada
berbentuk statup fee, kos pengiklanan, kos penghantaran dan sebagainya.
Jangan mulakan sebarang perniagaan dalam keadaan anda tidak bersedia
(ataupun terdesak hendak mendapatkan wang). Lakukan sesuatu yang anda
tahu anda mampu dan di dalam kawalan budget peribadi. Elakkan diri dari
terperangkap dengan masalah hutang !
- Bekerja
sendiri dari rumah boleh menjadikan anda kesunyian. Jangan tinggal
didalam kepompong sekalipun anda di alam siber. Bina rangkaian kenalan
baru dan sertai aktiviti yang anda anda suka. Anggap sahaja ia proses
melebarkan perniagaan anda
- Keadaan
boleh menjadi sukar bagi anak-anak dan keluarga jika anda terlalu obses
dengan dunia online. Pastikan anda memberi keutamaaan yang sebaiknya
kepada keduanya. Lagipun merekalah sebab anda mencari pendapatan
tambahan ini
- Jika
anda bercadang memiliki laman web - cuba sedaya upaya anda untuk
mencipta sesuatu yang asli. Kaedah copy paste kandungan mahupun mencuri
konsep orang lain selalunya tidak akan membawa anda untuk pergi jauh.
Untuk berjaya anda perlukan identiti anda tersendiri
|
Pendapatan
Tambahan 101 | duit
internet | peluang perniagaan | duit mudah | duit online | buat duit
internet |
| perniagaan internet | duit gratis | duit di internet | cara buat duit
| cari duit mudah | pendapatan
tambahan |
|