Mencari pendapatan sampingan secara
online kini sebenarnya suatu cara terbaik untuk sesiapa sahaja yang
ingin memperbaiki kewangan mereka. Semakin ramai individu di
Malaysia kini menjadikan kaedah yang semakin popular ini untuk
menghasilkan cek-cek peribadi yang mereka cetak sendiri (kerana kini
anda yang menentukan sebanyak mana wang yang anda mahu dan tidak lagi
bergantung pada slip gaji bulanan) sendiri selain dapat meluangkan lebih
banyak masa bersama keluarga.
Kerana kos sara hidup yang semakin tinggi, ramai yang masih tidak mampu
memiliki rumah sendiri sekalipun sudah bertahun-tahun bekerja untuk
orang lain. Ditambah dengan ekonomi yang yang semakin mendesak, bil
telefon, bil air, bil elektrik, bayaran kad kredit, hutang kereta, duit
rumah dan pelbagai lagi sebab yang menjadikan orang semakin sensitif
dengan duit.
Semua orang melalui perkara yang sama. Semakin meningkat usia maka
semakin tinggi komitmen yang bakal dirasa. Zaman bujang tidak sama
dengan zaman berumahtangga, zaman tiada harta tidak sama dengan zaman
anda memiliki kereta dan rumah sendiri. Sampai masa semua orang akan
sedar semakin sukar membuat tabungan yang konsisten dan meningkat tahun
demi tahun. Jika anda tidak pernah ambil tahu mengenai "Net
Worth" maka anda perlu ambil tahu mulai sekarang.
Tidak mempunyai baki wang yang yang mencukupi didalam akaun bank
sepatutnya bukan bermakna tiada apa yang boleh anda lakukan untuk
mencari pendapatan sampingan.
Bagaimanapun, "do it right the first time" dan anda pasti
lebih mudah untuk berjaya. Pendapatan sampingan melalui internet adalah
bukti yang nyata.
Berikut apa yang perlu anda faham mengenai pendapatan sampingan dan gaya hidup bekerja sendiri
dari rumah secara online:
Jangan letakkan 100% pendapatan
sampingan anda dari
"satu bakul yang sama". Anda perlu selalu fikirkan apa
yang dipanggil sebagai multiple streams of income. MLM yang tepat (http://www.digital-reader.com/soho.htm)boleh membantu jika ia mampu menghasilkan jualan ulangan yang tinggi
tetapi jika tidak anda perlu sentiasa mempunyai backup sales yang
tidak terputus. Ini kerana hanya dengan jualan yang berulang maka
anda akan mendapat pendapatan sampingan yang berulang kali.
Letakkan usaha yang sewajarnya pada
pendapatan sampingan secara online anda. Sebagaimana anda komited
dengan kerjaya begitulah juga anda perlu lakukan terhadap kerjaya
pendapatan sampingan anda yang baru ini. Buat perancangan, pastikan
anda mempunyai disiplin tinggi untuk mempraktikkan apa yang anda
tahu selain pengetahuan yang mendalam tentang apa sahaja yang anda
usahakan. Berjaya atau gagal selalunya bukan disebabkan oleh produk
ataupun syarikat sebaliknya sikap yang tidak betul sebagai business
owner
Bagi mereka yang masih baru, jangan
mudah terpedaya dengan "potensi pendapatan" kerana hasil
seorang individu dengan individu yang lain sudah pasti berbeza
mengikut sikap masing masing. Jangan terlalu mengharapkan pendapatan
sampingan RM40,000 setahun. Bagi kebanyakan orang, hasil diperolehi selalunya
kurang dari itu
Buat perancangan kewangan dengan
teliti sebelum anda membuat keputusan drastik untuk berhenti dari
profesion sedia ada. Tiada wang yang akan datang bergolek dan belum
ada bukti jumlah pendapatan sampingan yang diperolehi. Monitor
perkembangan pendapatan sampingan anda sehingga anda benar-benar
yakin anda boleh jadikan ia sebagai sumber kewanaan sepenuh masa
Fahami realiti perniagaan sememangnya
memerlukan modal, tidak kira samada berbentuk statup fee, kos
pengiklanan, kos penghantaran dan sebagainya. Jangan mulakan
sebarang perniagaan dalam keadaan anda tidak bersedia (ataupun
terdesak hendak mendapatkan wang). Lakukan sesuatu yang anda tahu
anda mampu dan di dalam kawalan budget peribadi. Elakkan diri dari
terperangkap dengan masalah hutang !
Bekerja sendiri dari rumah boleh
menjadikan anda kesunyian. Jangan tinggal didalam kepompong
sekalipun anda di alam siber. Bina rangkaian kenalan baru dan sertai
aktiviti yang anda anda suka. Anggap sahaja ia proses melebarkan
perniagaan anda
Keadaan boleh menjadi sukar bagi
anak-anak dan keluarga jika anda terlalu obses dengan dunia online.
Pastikan anda memberi keutamaaan yang sebaiknya kepada keduanya.
Lagipun merekalah sebab anda mencari pendapatan sampingan ini
Jika anda bercadang memiliki laman web
- cuba sedaya upaya anda untuk mencipta sesuatu yang asli. Kaedah
copy paste kandungan mahupun mencuri konsep orang lain selalunya
tidak akan membawa anda untuk pergi jauh. Untuk berjaya anda
perlukan identiti anda tersendiri