Norazman
Abu Sahir merupakan suami dengan 2 orang cahayamata. Beliau berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Sains Malaysia
dan
kini menetap di Kuala Lumpur. Menamatkan pengajian pada tahun 1998 dan
terus ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat multinasional di Lembah
Kelang. Kini beliau bertugas sebagai Senior System Engineer di tempat
kerja yang sama.
Sepanjang
berkhidmat selama lebih 5 tahun di bidang Sains Komputer / Teknologi
Maklumat, beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas. Antara bidang
yang diceburi seperti penyelenggaraan “Oracle Business
Application versi 11i”, pemprograman melibatkan Oracle seperti Oracle
Reports, Oracle Forms, SQL, PL/SQL, penggunaan pakej pembangunan sistem
seperti Visual Basic dan Microsoft Access, pembangunan aplikasi
multimedia (Macromedia Director, Flash, Adobe Photoshop) dan tidak
ketinggalan pemprograman Internet seperti CGI, ASP, Scripting Language,
FrontPage dan lain-lain. Di waktu ini, beliau turut bertindak sebagai
Webmaster untuk laman web (Intranet) syarikat multinasional dimana
beliau bekerja. Di samping itu beliau turut terlibat di dalam
kerja-kerja penyelenggaraan server Windows 2000 dan juga pengurusan
infrastruktur IT melibatkan cadangan dan pembelian perkakasan komputer.
Selain
berlatarbelakangkan IT beliau turut menggemari aktiviti riadah seperti
memancing, bersukan (terutamanya ping-pong) dan membaca buku-buku ilmiah
di luar skop komputer. Beliau percaya dengan kesungguhan, tiada apa yang
tidak dapat dicapai dengan syarat seseorang itu mempunyai matlamat dan
membuat perancangan yang rapi.
Untuk
maklumat lanjut beliau boleh dihubungi di alamat email berikut: azhan98@tm.net.my