Artikel Pilihan

 

  • Mengapa Internet Sebagai Pilihan Medium Pemasaran

  • 6 Sebab Mengapa Perniagaan Internet Anda Gagal

  • 8 Elemen Penting Perniagaan Secara Online

  • Kesilapan Umum Promosi Melalui Search Engine

  • 5 Mitos Pemasaran Intenet Yang Masih Wujud

  • Internet Dan Peluang Memiliki Home Business Sendiri

[Back]

 

Mengapa Internet Sebagai Pilihan Medium Pemasaran

Sebagai usahawan Malaysia terutamanya bumiputera melayu, tahukah anda apakah sebenarnya yang menjadi faktor penting kejayaan pemasaran melalui Internet ? Dari apa yang saya perhatikan berikut adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius :

                                                        Market Position

Pada fikiran anda mana satukah diantara dua perkara berikut yang lebih berkesan untuk mendapat pasaran : penjualan mesin typewriter atau komputer peribadi ?

Soalan di atas mungkin mempunyai jawapan yang jelas iaitu mesin typewriter adalah peralatan yang sudah ketinggalan zaman tetapi komputer peribadi adalah peralatan yang mendapat permintaan yang tinggi di waktu ini. Dengan itu anda pasti mengetahui yang mana satu diantara kedua peralatan tersebut yang mempunyai pasaran yang lebih berpotensi untuk dikembangkan untuk masa hadapan.

Walaupun anda telah membuat pilihan produk / perkhidmatan yang tepat, anda masih perlu tahu bagaimanakah cara yang lebih efektif untuk mengambil kesempatan di atas peluang pasaran yang ditawarkan oleh sesuatu produk / perkhidmatan tersebut. Sekadar meletakkan iklan kecil seperti " PC peribadi dijiual di sini ! " sebenarnya tidak akan memberi anda pasaran sebenar yang anda tahu kewujudannya. Anda perlu memposisikan diri di hadapan pasaran itu sendiri. Dengan kata lain anda perlu menjadi market leader / pendahulu (atau sekurang-kurangknya antara yang terdahulu melakukannya)

Samada anda menyedarinya atau tidak, Internet sebenarnya merupakan industri yang paling pantas berkembang hari ini. Biar saya beri anda satu fakta penting mengenai perkembangan industri tersebut:

**********************************************************************************************************************
Internet Marketing

Melebihi USD $523 Billion menurut kajian yang dijalankan oleh McCombs School of Business dan ianya dijangka terus berkembang kepada 7 Trillion dalam masa 3 tahun yang akan datang.

 

The Gartner Group pula menganggarkan perniagaan melalui Internet akan berkembang 3 kali ganda dalam masa beberapa tahun.


**********************************************************************************************************************
 

Seperti juga contoh mesin typewriter dan komputer peribadi tadi, samada anda suka atau tidak anda perlu mengikuti perkembangan semasa. Di era ini, Internet adalah hala tuju pemasaran. Samada anda beroperasi secara Global, Regional ataupun Local bayangkan sekiranya anda memiliki / mendominasi segmen tertentu dari keseluruhan pasaran Internet tersebut. Tidakkah ini suatu kelebihan dan peluang yang harus dimiliki ? Apa yang ingin disampaikan, anda perlulah mengambil tindakan dan peluang dari perkembangan tersebut. Jika boleh anda perlulah mendahuluinya berbanding rakan saingan yang lain.

Amazon, Yahoo malah produk / perkhidmatan tempatan sendiri seperti Jobstreet, Maybank2U dan sebagainya mungkin tidak dikenali beberapa ketika dahulu. Tetapi dengan mengambil inisiatif lebih awal, maka ianya kini telahpun mendapat habuan dari apa yang ditawarkan oleh pasaran Internet tersebut. Anda sebenarnya tidak akan mengetahui dan menghargai potensi Internet selagi anda tidak mencubanya sendiri. Jangan memandang mudah potensi yang ada padanya tidak kira walau apa sekalipun produk / perkhidmatan yang anda tawarkan. Seandainya anda telah ketinggalan ambil inisiatif dan lakukan sesuatu dengan segera, jika tiada sesiapa melakukannya sedarilah bahawa itu juga adalah peluang yang sangat beharga.

 

Apa sahaja yang telah anda lakukan sekarang besar kemungkinan ianya tidak akan bertahan lama. Pemasaran melalui internet adalah pilihan bijak yang boleh anda lakukan. Lebih awal anda bermula, lebih mudah produk /perkhidmatan anda bakal diterima kelak.

http://www.digital-reader.com/pemasaran.htm

Norazman Abu Sahir

Digital Reader.com

 

 

6 Sebab Mengapa Perniagaan Internet Anda Gagal

Internet sememangnya suatu perkara yang menarik. Dari hari ke hari semakin ramai yang menyertainya tetapi tidak dinafikan ramai juga syarikat atau individu yang yang kecundang di dalam persaingan  online ini. Dalam banyak kes, bukan produk / perkhidmatan yang menjadi masalah sebaliknya sejauh mana usaha pemasaran yang telah dilakukan. Jika anda inginkan kejayaan di alam siber pastikan anda mempertimbangkan apa yang ingin disampaikan dan belajarlah dari kesilapan.

Antara 6 sebab kegagalan Perniagaan Melalui Internet....

1) Anda tidak melakukan apa-apa untuk aktiviti pemasaran! 

Inilah sebenarnya kesilapan paling besar yang sering dilakukan oleh mereka yang inginkan sesuatu tanpa sebarang usaha (mengharapkan "Free Lunch" atau Something for Nothing" seperti yang ditulis dalam buku SEE YOU AT THE TOP tulisan Ziz Ziglar). Kebanyakan orang hanya mementingkan laman web yang mereka bina (animasi yang canggih, maklumat yang padat, kepelbagaian fungsi disediakan dan sebagainya) tetapi mereka sering terlupa bahawa pemasaran adalah sesuatu yang lebih penting. Walaupun sesetengah teknik pemasaran memerlukan anda membuat sedikit pelaburan, sebagai permulaan anda sebenarnya masih boleh menggunakan kaedah yang lebih murah. Inilah apa yang cuba saya terangkan. Tiada bezanya pemasaran secara online atau pun pemasaran konvensional. Anda perlu berbuat sesuatu dan bukan hanya berdiam diri. Siapa kata pemasaran melalui Internet satu kerja mudah ? Atau lebih tepat lagi, pemasaran Internet bukannya mudah terutama jika anda tidak tahu bagaimana cara melakukannya

2) Anda tidak memiliki nama domain sendiri

Di dalam Internet, nama domain samalah seperti berniaga di tapak premis yang sah dalam dunia sebenar (bukannya Outlet tanpa lesen atau premis yang sering berpindah-randah). Ini adalah pelaburan yang tidak perlu dipertikaikan lagi., anda memerlukannya kerana ianya akan membina lebih KREDIBILITI. Bagaimana pengguna tahu bahawa anda bukanlah peniaga "CHIPSMORE" yang "Kejap ada, kejap tidak ?". Nama domain penting untuk anda mengukuhkan identiti serta menambah keyakinan pengguna. Jadi, jangan berlengah lagi dan dapatkan nama Domain anda hari ini juga jika anda serius untuk berniaga di dunia siber. Lagipun ianya tidaklah semahal mana dan pasti anda tahu bahawa tiada perniagaan yang tidak memerlukan sebarang pelaburan. Pelaburan terhadap nama Domain (dan buku yang saya tulis ) adalah antara keputusan paling bijak yang boleh anda lakukan.

3) Anda tidak melakukan follow-up 

Bukan semua orang mempunyai gaya membeli yang sama dan follow-up adalah satu langkah kritikal yang perlu diberi tumpuan serius. Pengabaian terhadap langkah ini sebenarnya akan menyebabkan anda kehilangan majoriti bakal pembeli berpotensi. Adakah anda mendapatkan email setiap pengunjung laman web anda ? Jika anda melibatkan diri dengan Internet untuk tujuan berniaga dan jawapan terhadap soalan tadi adalah TIDAK, anda sebenarnya telah membuat pengiraan matematik yang salah. HITS <> SALES. Jika anda berasa follow-up adalah suatu kerja cerewet, susah dan memakan masa, Internet sebenarnya mempunyai cara yang lebih mudah. Dapatkan buku ini jika anda inginkan jawapannya.


4) Anda tidak memberi sebab mengapa pegunjung perlu datang semula 

Adakah laman web anda hanya sekadar suatu "Presentation" biasa atau adakah anda memberi / menyediakan sesuatu yang PERCUMA. Pernahkah anda terfikir untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab dengan bakal pelanggan atau melakukan sesuatu yang mendatangkan minat untuk mereka mengunjungi laman web anda semula? Pernahkah anda terfikir untuk sekadar mengirim Poskad elektronik, menggunakan Tools yang dapat menjana trafik dan sebagainya. Membuat "Presentation" sememangnya mudah tetapi ianya tidak akan membawa anda kemana-mana. Anda perlu berusaha lebih kerana kunjungan pertama biasanya tidak akan memberi apa - apa.

5) Anda tidak memiliki Ezine anda sendiri 

Kebanyakan orang lebih minat untuk mendapatkan maklumat. Jika anda tidak mempunyai Ezine maka anda telah melepaskan banyak peluang yang sepatutnya anda miliki. Ramai orang takut untuk menulis kerana alasan yang sama. "Tiada bakat" bukan satu sebab untuk tidak mencari alternatif lain yang sebenarnya masih ada. Banyak contoh yang diberi dalam dalam buku ini yang mungkin akan membuatkan anda lebih yakin dan percaya. Anda hanya perlu melakukannya sekali dan menggunakannya semula. Banyak servis dan tools yang boleh dicuba dan sebaik anda mengetahui rahsianya pasti anda akan mula sedar bahawa menyebarka maklumat mengenai Ezine sebenarnya bukanlah satu kerja yang susah.

6) Laman web anda menggelirukan

Seringkali mereka yang dipanggil Webmaster melakukan banyak perkara yang terlalu kompleks. Terlalu banyak produk, terlalu banyak grafik, terlalu banyak links dan sebagainya kadangkala bukanlah sesuatu yang anda perlukan. Ini kerana ada masanya sesuatu yang ringkas tetapi memberi lebih keyakinan dan minat adalah jauh lebih penting. Laman web perlu dibina supaya memudahkan mereka mebuat keputusan. Lebih sukar prospek memahami apa yang anda tawarkan, lebih tipis peluang yang anda ada. Jangan membuat andaian pengunjung tahu apa yang perlu mereka lakukan. Sebaliknya tunjukkan cara bagaimana mereka boleh mendapatkan produk / perkhidmatan yang diperlukan

Dan banyak lagi yang patut anda pelajari.........

http://www.digital-reader.com/pemasaran.htm

Norazman Abu Sahir

Digital Reader.com

 

 

8 Elemen Penting Perniagaan Secara Online

1) Bina kredibiliti dan keyakinan pelanggan.

Ini sebenarnya sangat penting tidak kira apa sekalipun bidang perniaagaan yang anda ceburi samada secara online ataupun sebaliknya. Sekalipun anda masih baru dan tidak dikenali bukan bermakna anda tiada peluang untuk bersaing di dunia siber. Pemasaran melalui Internet juga mempunyai cara yang tersendiri bagaimana kredibiliti tersebut boleh anda bina.

2) Jangan terlalu mudah mangabaikan permintaan pelanggan.

Perniagaan anda tidak sepatutnya berakhir sebaik sahaja produk / perkhidmatan anda berjaya di jual. Beri bantuan yang diperlukan dan biasakan diri anda untuk menjadi rakan dan bukannya sebagai jurujual. Mempelajari teknik pemasaran melalui internet secara tidak langsung akan memberi anda peluang mendapat ramai rakan dalam bidang yang sama

3) Pilih sasaran pembeli dan penuhi permintaan golongan tersebut.

Lebih spesifik segment yang anda pilih bermakna lebih unik perniagaan yang anda tawarkan. Sekaligus lebih kurang persaingan yang bakal anda hadapi. Jangan membuat andaian produk / perhidmatan anda tidak berpotensi untuk dikembangkan secara online. Sebaliknya mengambil langkah awal dengan melibatkan diri dalam pemasaran melalui Internet bakal menjadikan anda pendahulu (market leader) sekaligus membuka peluang yang mungkin tidak pernah anda jangka

4) Pilih "market' yang mampu anda tembusi dan mampu dikawal dari segi belanjawan.

Jangan terlalu ghairah membuat pelaburan secara online jika anda masih tidak pasti potensi yang boleh diperolehi. Sudah terlalu banyak tools yang ditawarkan tidak kurang juga individu yang meganggap diri mereka pakar dalam segala-galanya. Bagi saya cara untuk berjaya ialah dengan meniru kaedah mereka yang telah berjaya melakukannya. Buku saya akan mendedahkan kepada anda segala-galanya

5) Fokus kepada kehendak dan bukannya keperluan.

Walaupun Internet mempunyai potensi yang besar tidak selalunya anda akan berjaya. Ada kala produk / perkhidmatan yang dipilih tidak mempunyai ciri-ciri yang mencukupi. Kenalpasti apa dan di mana peluang itu boleh diperolehi dan penuhi kehendak tersebut. Dengan cara ini lebih mudah anda mampu menghasilkan pelanggan

6) Lakukan dan praktikkan usahasama (Join Venture).

Walaupun anda boleh mendapat pelanggan ataupun mendominasi pasaran sedia ada, usahasama yang betul sentiasa boleh mengembangkan pasaran yang anda miliki. Di dalam perniagaan hari ini anda tidak boleh bersendiri tetapi Perkongsian Pintar atau WIN-WIN adalah cara terbaik untuk lebih maju lagi.

7) Bersikap professional walaupun anda sekadar bekerja di rumah.

Jika produk / perkhidmatan anda ingin dihormati lakukan apa yang perlu untuk mendapatkan penghormatan tersebut. Tawarkan sesuatu yang bernilai dan lebih baik jika ianya percuma. Ini sebenarnya dapat membantu menarik pengunjung dan seterusnya menambah kredibiliti

8) Belajar dan fahami kepentingan "Sales Letters".

Upah seseorang atau lakukannya sendiri jika anda mampu. Banyak orang yang keliru dengan aggapan bahawa bahawa teknologi adalah segala-galanya. Internet sbenarnya hanyalah sekadar alat tetapi anda tidak dapat lari dan masih berurusan dengan manusia. Setiap manusia pula sudah pasti mempunyai emosi yang berbeza-beza
 

http://www.digital-reader.com/pemasaran.htm

 

Norazman Abu Sahir

Digital Reader.com

 

Kesilapan Umum Promosi Melalui Search Engine

 

Memiliki 10 kedudukan teratas ranking sesuatu Search Engine sememangnya kritikal untuk perniagaan Online anda. Jika tidak tidak sia-sialah sahajalah laman web yang dibangunkan kerana tiada orang yang dapat menjumpai dan mengunjunginya.

 

Kebanyakan Webmaster pula terlalu mementingkan aspek kosmetik tetapi tidak mengetahui Search Engine adalah salah satu teknik pemasaran yang sangat berkesan. Malah jika dilakukan dengan betul ianya dapat menjimatkan banyak kos kerana ia dapat menarik ramai pengunjung (juga sekaligus lebih pelanggan) dengan kos pemasaran PERCUMA. Satu lagi perkara yang tidak disedari ialah kebanyakan Search Engine utama mengambil masa purata 3 bulan sebelum sesuatu alamat laman web yang baru dihantar akan mendapat Indek. Itupun tidak ada gunanya jika Indek yang dimiliki berada pada kedudukan yang entah ke berapa.

 

Di bawah, disenaraikan antara beberapa contoh kesilapan pemasaran melalui Search Engine yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang. Seandainya anda ingin mendapatkan pengetahuan lebih lanjut mengenai apa yang sepatutnya dilakukan untuk mendapatkan 10 ranking teratas yang diperlukan itu, dapatkan buku Rahsia Pemasaran Melalui Internet yang saya hasilkan. Anda pasti menyedari sedikit kos yang anda laburkan itu berbaloi untuk masa depan produk / perkhidmatan yang anda usahakan.


1) Tidak memanfaatkan sepenuhnya TITLE TAG
 

Jika anda memaparkan kandungan laman web yang anda miliki pada Internet Explorer, adakah maklumat yang dipaparkan pada toolbar adalah seperti berikut ?
" Selamat Datang ke Laman Web [Nama Organisasi Anda]"
atau mungkin juga begini " [Nama Organisasi Anda] Website"
 

Anda mungkin berkata apa salahnya kerana memang itu Organisasi Anda ? Memang betul, tetapi pada kaca mata Search Engine banyak yang salah mengenai cara tersebut. Jika Webmaster anda masih tidak mengetahui, kebanyakan Search Engine meletakkan TITLE TAG sebagai kriteria index yang sangat penting.

 

2) Tidak menggunakan frasa Keyword yang betul
 

Satu lagi kesilapan yang biasa dilakukan ialah pemilihan Keyword yang tidak betul (samada keyword yang tidak berkaitan malah ramai juga yang tidak menggunakannya langsung). Penggunaan "Printer" sebagai contoh mungkin logik bagi anda dari segi bunyinya jika anda menawarkan servis membaiki Printer sebagai perniagaan Online. Tetapi perkataan Printer sebenarnya terlalu umum, dengan kata lain besar kemungkinan pelayar Internet tidak akan menjumpai apa yang mereka hajati jika mereka sekadar menggunakan satu patah perkataan sebagai keyword. Sebagai contoh pengunjung yang ingin membeli Printer dengan pengunjung yang ingin memperbaiki Printer sebenarnya adalah dua sasaran pengguna yang berbeza. Anda perlu menggunakan Tools yang betul untuk mengatasi tersebut dan ini ada saya bincangkan dengan lebih lanjut dalam buku digital tersebut.

 

3) Kandungan laman web tidak mengandungi Teks yang Optimized
 

Animasi seperti Flash mungkin nampak menarik, tetapi bukan begitu halnya pada kaca mata Search Engine. Jika laman web anda hanya dipenuhi Animasi, laman web tersebut sebenarnya dihasilkan untuk tidak ramah kepada Search Engine. Malah jika anda menggunakan Text semata-mata sekalipun, anda perlu memastikannya selari dengan proses Optimization yang telah dilakukan. Ringkasnya META TAG bukan satu-satunya yang perlu anda lakukan. Sebaliknya kandungan laman web dengan Teks yang Optimized sepenuhnya diperlukan untuk memberi anda kedudukan ranking yang lebih tinggi.

 

4) Menggunakan tools untuk menghantar URL ke 1000 Search Engine
 

1000 Searh Engine memang wujud dalam Internet hari ini. Cuma kajian yang dlakukan membuktikan 90% dari jumlah trafik hanya datang dari beberapa Search Engine terkemuka. Pernahkah anda sendiri menggunakan Search Engine yang tidak dikenali selain dari Yahoo, Alta Vista dan beberapa lagi Search Engine yang popular ? Jika tidak anda tentu faham maksud saya. Search Engine terkemuka juga sebenarnya sudah cukup pintar untuk mengetahui mana satu URL yang dihantar secara Manual berbanding yang dilakukan secara BULK (Spam). Dengan kata lain input dari URL Submission Program di dalam majoriti kes sebenarnya diabaikan langsung oleh beberapa Search Engine terkemuka tadi. Cuma anda bolehlah menggunakan Search Engine yang khusus untuk Region/ Negara tertentu jika disitu sasaran pengunjung yang anda maksudkan
 

Dan banyak lagi sebenarnya yang perlu anda pelajari. Mendapat kedudukan 10 teratas di dalam Ranking Search Engine tidaklah sesukar yang sering difikirkan. Kebanyakan orang hanya tidak mengetahui fakta, menggunakan tools mahupun didedahkan dengan strategi yang betul. Pastikan anda mengetahui apakah langkah demi langkah apa yang perlu dilakukan dan jangan biarkan laman web anda melakukan kesilapan yang sama

 

http://www.digital-reader.com/pemasaran.htm

 

Norazman Abu Sahir

Digital Reader.com

 

5 Mitos Pemasaran Melalui Internet Yang Masih Wujud

 

Pemasaran Melalui Internet sememangnya masih baru apatah lagi di Malaysia. Tidak dinafikan ramai syarikat ataupun individu yang telah berjaya tetapi dalam masa yang sama masih ramai yang masih tidak percaya ataupun masih lagi dalam keadaan keliru. Berikut antara beberapa punca yang menyebabkan ketidakpastian tersebut

1) Pemasaran internet tidak akan mengubah perniagaan produk / perniagaan yang sedia ada

Jika anda terdiri dalam golongan ini anda berada dalam masalah yang serius. Internet sememangnya telah banyak mengubah cara bagaimana perniagaan dilakukan. Memberi sesuatu yang menambah nilai kepada pelanggan patut menjadi objektif utama perniagaan anda. Semakin ramai syarikat / individu yang melakukannya dari masa ke semasa kerana yakin mereka patut lebih bersedia dan tidak menanti saat semakin ramai pelanggan yang akan hilang begitu sahaja

2) Pelanggan dan pesaing perniagaan masih belum bersedia

Anda perlu memberi lebih tumpuan. Tanpa anda sedari ledakan Internet dan peralihan terhadapnya telahpun dan sedang berlaku lebih pantas dari apa yang anda jangkakan. Internet bukan setakat cara baru melakukan perniagaan tetapi juga sebagai sumber utama komunikasi dalam apa juga bentuk perniagaan. Bukan pesaing sedia ada sahaja yang perlu anda risaukan tetapi kemungkinan juga wujud pesaing baru yang mungkin merubah pasaran sedia ada.

 

Barnes & Noble sendiri tidak menyedari kehadiran pesaing yang di luar jangkaan sehinggalah Amazon melancarkan model menjual buku secara online mereka. Pendek kata sewaktu anda menyedarinya mungkin ketika itu anda sudahpun terlambat

3) Anda hanya perlu menyediakan laman web dan pelanggan akan datang dengan sendirinya

Ini tidak benar sama sekali. Dan sebab itulah anda memerlukan pengetahuan mengenai Pemasaran Melalui Internet seperti yang ditulis dalam buku digital Rahsia Pemasaran Melalui Internet ini

 

Kini sudah terdapat sejumlah laman web yang tidak terkira banyaknya. Anda perlu memberi tumpuan serius terhadap pelan pemasaran dan bagaimana mendapatkan perhatian pelanggan. Belanjawan terhadap pemasaran melalui internet sepatutnya sekurang-kurangnya sama banyak dengan belanja yang diperuntukkan ketika anda membangunkan laman web tersebut.

4) Semua bentuk pemasaran melalui email ialah Spam
 

Unsolicited email memang menyebabkan kemarahan semua orang setiap hari. Walaubagaimanapun, opt-in, subscription newsletters, dan special offer notifications adalah cara yang sangat berkesan. semua pernigaan online perlu memasukkan email sebagai salah satu elemen penting pemasaran. Jika diguna dengan betul ia bakal menjadi tunjang sesuatu pelan pemasaran yang berjaya.

 

5) Pemasaran melalui Internet tidak berkesan

 

Internet sememangnya ruang yang tersangat luas. Amat mudah untuk terasa sesat dan mudah juga untuk membazirkan banyak wang, masa dan tenaga. Namun begitu sudah ramai syarikat dan individu yang mendapat manfaat darinya. Bukan semua orang akan berjaya sebaliknya internet adalah milik mereka yang telah melakukan homework, mempunyai strategi dan peancangan dan tidak lupa mereka yang sentiasa konsisten dalam usaha tersebut

 

Adakah anda sudah bersedia ?

 

http://www.digital-reader.com/pemasaran.htm

 

Norazman Abu Sahir

Digital Reader.com

 

Internet dan Peluang Memiliki Home Business Sendiri

Jika diperhatikan dengan lebih dekat, anda pasti menyedari bahawa Internet kini bukan lagi sekadar tempat untuk berkogsi maklumat. Kini, terdapat banyak laman web dihasilkan sebagai sumber untuk menjana pendapatan / keuntungan samada kepada individu mahupun kepada syarikat. E-Commerce, B2B, MLM dan pelbagai lagi istilah yang timbul dan salah satu diantara yang paling popular ialah apa yang dipanggil sebagai Home Business.

 

Malah ianya bukanlah setakat melibatkan industri tetentu sebaliknya meliputi segala bentuk peluang yang boleh diniagakan. Mungkin senarai di bawah boleh memberi anda gambaran tentang yang saya maksudkan (malah terdapat ribuan lagi contoh yang tidak perlulah disenaraikan kesemuanya). Kebanyakannya melibatkan program Affiliate / Associate / Referral dan terdapat juga yang melibatkan peluang pendapatan yang unik

http://adtrack.trafficwave.net

http://www.cascader.com
http://affiliate-pro.here.ws/
http://assuredpay.com/
http://beam.to/works$$$
http://businessworldlist.com/
http://cashforfree.opportunity.com
http://cashits.com/
http://cashn247.com/
http://earnquick.ontheweb.com
http://freerotator.com/
http://g-i-a.com/m/isbsl
http://luckydude.net/maker1/mybizlv2003
http://ms-e-ads.com/moneygame.html
http://PaulaList.PlugUsIn4Cash.com/
http://Powerfulconcept.Opportunity.com
http://prelaunch.newworldteam.com
http://recruitingmommies.com
http://rluben.167aday.com/
http://slw.opportunity.com
http://special-opps.com/q-pay/
http://www.246750Dollars.com/
http://www.4-sss.com/index1.phtml
http://www.5-8dollar.com/index.asp
http://www.5dollar4you.nl/
http://www.adminder.com/
http://www.awakenedbeings.com
http://www.bestmla.net/communicator/babyblue
http://www.byteworks.ca
http://www.cashinmate.com
http://www.cashtastik.com
http://www.costamarketing.com/index.cfm
http://www.createabundance.info/bizwiz2.htm
http://www.dpmachine.com/
http://www.dreamsuccess.net
http://www.easychairclub.com/mtm/
http://www.Email43Million.opportunity.com
http://www.epowerworld.net/sonnyftg/rightchoice
http://www.gemini3style.com/18.htm
http://www.generations10.com/cgi-bin/two/main.cgi
http://www.getdailypays.com/members/trynsee/index.html
http://www.go-4-dollars.com/oppmatrix.html
http://www.income-opportunities.com/cgi-bin/info.cgi/60/
http://www.instapayplus.com/instant50.htm
http://www.ipostad.com
http://www.ispvip.biz/smalltown
http://www.iwantprofit.ca/adtrack.php
http://www.jemincglobalincome.com/cgi-bin/a/t.cgi
http://www.jimsgems.opportunity.com
http://www.kissjet.net
http://www.MLMCubed.com
http://www.mlmriches.net
http://www.monthlyincomegenerator.com
http://www.myjointventure.com/members/saloleri/index.htm
http://www.mypaidmail.com/eng/files/nwt.htm
http://www.myprotracker.com
http://www.n2gold.com/5/default.asp
http://www.newsbucks.com
http://www.oiopro.com/cash/mae/homebiz.shtml
http://www.phpglobal.biz
http://www.pushbuttonpublishing.com/affiliates/t.php
http://www.quickinfo247.com/7397427/FREE
http://www.r9dlc.com/index/283401.html
http://www.rebnik.com/3/l/Colts_N_Fillys/index.html
http://www.refereveryoneandmakemoney.com
http://www.sendmymailing.com
http://www.snazzycloak.com
http://www.the-ultimate-matrix-solution.com/member/gbrevern/index.html
http://www.timefreedom-4u.com/members/captnice7/
http://www.two-bit-site.com
http://www.uc2.biz
http://www.ultimatefreedownline.com
http://www.yourinstantprofits.com/members/krvaughn/index.html
http://www.yournetsource.com/members/howto
https://intgold.com
https://trk.nitrostats.com
http://www.the-ultimate-matrix-solution.com
http://www.timefreedom-4u.com
http://www.paysforever.com/CG2665.htm
http://www.toplevelmarketing.com
http://snurl.com/1scg
http://tm.teamstudy.net
http://www.sorrows-walk.com/EasyCashFast.html
http://www.retirequickly.com
http://www.affiiatebb.com
http://www.20k.Opportunity.com
http://Silent-sales.Opportunity.com
http://MLMS.Opportunity.com
http://www.awakenedbeings.com
http://freerotator.com
http://www.monthlyincomegenerator.com
http://recruitingmommies.com
http://www.ispvip.biz/smalltown
http://www.yournetsource.com
http://www.iwantprofit.ca
http://special-opps.com
http://www.jemincglobalincome.com
http://prelaunch.newworldteam.com/bro-25056
http://ms-e-ads.com/moneygame.html
http://affiliate-pro.here.ws/
http://www.phpglobal.biz
http://www.r9dlc.com
http://www.dpmachine.com
http://www.n2gold.com
https://trk.nitrostats.com
http://www.income-opportunities.com
http://www.ipostad.com
http://cashn247.com
http://cashits.com
http://www.dreamsuccess.net
http://www.5-8dollar.com
http://www.kissjet.net
http://www.oiopro.com/cash/mae/homebiz.shtml
http://www.instapayplus.com/instant50.htm
http://www.rebnik.com/3/l/Colts_N_Fillys/index.html
http://www.MLMCubed.com?referredby=SAETHRYD
http://PaulaList.PlugUsIn4Cash.com/
http://www.two-bit-site.com
http://www.costamarketing.com
http://www.the-ultimate-matrix-solution.com
http://www.4-sss.com
http://www.cashtastik.com
http://www.refereveryoneandmakemoney.com
http://www.mlmriches.net
http://www.myprotracker.com
http://www.easychairclub.com
http://www.timefreedom-4u.com
http://luckydude.net/maker1/mybizlv2003
http://www.ultimatefreedownline.com
http://www.246750Dollars.com
http://www.epowerworld.net/sonnyftg/rightchoice
 

Kajian mendapati Internet Home Business memang merupakan satu alternatif mendapatkan pendapatan sampingan (ataupun juga kewangan tetap !) cuma masalahnya bukan semua yang anda lihat patut anda percaya. Internet kini sebenarnya turut menjadi alat yang paling berkesan untuk mempromosikan skim ataupun melahirkan orang dengan pemikiran ingin CEPAT KAYA. Tetapi itu bukanlah bermakna semua yang ditawarkan itu melibatkan peluang yang tidak boleh di cuba. Internet telah melahirkan ramai Jutawan dan seandainya anda membaca buku-buku mengenai Personal Financial contohnya anda akan dapati ramai yang sudahpun berjaya kerana peluang yang diperolehi melalui dunia siber (Rujuk buku The Millionaire Next Door, tulisan Thomas J Stanley & William Danko sebagai contoh).

 

Di Malaysia sendiri fenomena yang sama sudahpun berlaku dan tidak dinafikan ramai yang sudah mendapat hasil. Sureco-Muhibah.net, eCosway, Nu Legacy sekadar menamakan beberapa peluang yang ada. Cuma majoriti yang terlibat dengannya hanya sekadar panas setengah jalan kerana tidak pernah "merasa" apa yang selalu di angan-angankan. Seperti yang saya katakan di awal-awal lagi, kadangkala bukan produk / perkhidmatan yang menjadi masalah cuma mungkin anda tertinggal sesuatu. Internet sememangnya menawarkan peluang keemasan bagi yang menyedarinya tetapi perubahan sikap dan pengetahuan mengenai Internet Marketing (Pemasaran Melalui Internet) adalah jawapan yang perlu anda cari.

 

Samada anda atau mungkin orang lain pasti akan ada individu yang melakukannya. Jadi bertindaklah SEGERA selagi peluang masih TERBUKA !

 

http://www.digital-reader.com/pemasaran.htm

 

Norazman Abu Sahir

Digital Reader.com