Artikel Pilihan:

[Download]

--------------

Salah Faham Mengenai Laman Web

Panduan Mempelajari Laman Web

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Dengan Laman Web

Kepentingan Ranking, Internet Jauh Lebih Besar Dari Hutan Amazon

"Web Design For Dummies ?", Jangan Terlalu Negatif

Apakah Laman Web Anda Menarik, Biasa Atau Masih Banyak Kelemahan

Maksimakan Pengetahuan Jadilah Warga Internetual

Usahawan Siber ? Apa Yang Perlu Anda Tahu

Penggodam (Hackers) Dan Asas Keselamatan Laman Web

--------------

Penulis: Norazman Bin Abu Sahir

Digital Reader.com

"Rekabentuk Laman Web Cara Mudah."

Panduan/Tips Percuma...

 

TIPS 1 - SALAH FAHAM MENGENAI LAMAN WEB
panduan, belajar, HTML, laman web, homepage, buku digital, webmaster

Masalah sebenar kebanyakan orang ialah mereka mempunyai perasaan "FOBIA" terhadap apa sahaja yang melibatkan komputer dan laman web tidak terkecuali. Ini tidaklah menghairankan kerana penggunaan Internet di Malaysia menjadi semakin meluas hanyalah kira-kira 5 tahun dahulu. Justeru, terdapat banyak salah faham berlaku dan biarlah saya memperbetulkan fahaman tersebut:

Berikut adalah apa yang biasanya difikirkan :
panduan, belajar, HTML, laman web, homepage, buku digital, webmaster

o Laman Web hanya untuk mereka dengan pendidikan formal di bidang IT.

Anda sebenarnya tidak perlu menjadi "Saintis Roket" untuk mula mempelajari dan membina laman web sendiri. Walaupun sesetengah teknik mungkin agak "complicated" tetapi apa yang patut anda tanya ialah apakah asas yang perlu anda ketahui. Asas laman web tidaklah secanggih mana dan sebaik saja anda menguasainya langkah seterusnya akan nampak lebih mudah. Apa yang anda perlukan hanyalah kemahiran menaip, idea mengenai konsep dan kandungan laman web yang ingin dibangunkan serta sedikit kreativiti. Malah sesetengah universiti tempatan yang menawarkan kursus IT sendiri tidak memasukkan laman web sebagai salah satu dari sukatan pelajaran. Apa yang berlaku kebiasaannya ialah kaedah pembelajaran sendiri secara tidak langsung melalui tugasan dan projek yang diberi. Mungkin mereka dengan pendidikan formal boleh mempelajarinya dengan lebih pantas kerana sudah biasa dengan istilah komputer serta sedikit teori tetapi anda tidak perlu tahu secara detail semua itu. Sebab itulah buku digital Rekabentuk Laman Web Cara Mudah ini dihasilkan.

                                             http://www.digital-reader.com

Secara perbadi saya menyukai falsafah NIKE - "Just Do It". Bagaimana anda boleh menilai sesuatu sebelum mencubanya sendiri ?

Laman Web memerlukan kos yang tinggi dan tiada peluang dan ruang untuk individu / syarikat kecil untuk mencuba

Bergantung kepada tujuan anda menyertai dunia siber, soalan sebenar yang patut anda tanya ialah strategi apakah yang lebih sesuai untuk anda gunakan. Terdapat banyak laman web yang menawarkan servis yang boleh anda gunakan secara percuma seperti ruang storan internet dan lain-lain utiliti berkaitan laman web. Selain dari itu anda juga boleh memilih khidmat web hosting yang tidaklah semahal mana sekiranya anda mahu. Strategi berlainan diperlukan untuk memenuhi kehendak berlainan masing-masing.Yang pasti sebesar manapun kemampuan kewangan anda, anda sebenarnya masih boleh memiliki laman web.

Laman Web tiada sebarang manfaat kecuali untuk syarikat besar

Di waktu ini sebenarnya kesedaran mengenai Internet sudah semakin tinggi. Salah satu dari faktor pendorong utama adalah inisiatif kerajaan berkenaan projek MSC. Kita sepatutnya berbangga dengan inisiatif tersebut. Apa yang pasti pengetahuan mengenai Internet dan laman Web akan menjadi sesuatu yang lumrah sedikit masa lagi. Memang benar sebagai syarikat anda boleh mengambil peluang untuk memperkembangkan perniagaan melalui Internet (walaupun agak malang kerana masih ada yang ragu-ragu mengenainya) tetapi Internet adalah berkaitan maklumat dan bukan sekadar wang ringgit. Internet tidak akan mengambil masa yang lama untuk diterima sebagai cara hidup. Fikirkan tentang telefon mudah alih, online-shopping, Bankcard dan sebagainya dan bandingkan bagaimana keadaannya lima tahun sebelum ini. Anda sebenarnya tidak perlu menunggu keadaan menjadi "sempurna" atau menunggu 5 tahun lagi sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang tindakan. Anda boleh mengambil peluang mempelajarinya lebih awal berbanding orang lain. Jika anda berasa Internet dan Laman Web tiada kena mengena dengan diri anda, tunggu sehingga Tips berikutnya "Apa yang boleh anda lakukan dengan laman web". Mungkin anda akan berubah fikiran setelah membaca tips tersebut.

Laman Web dan kandungan Internet 100% Negatif

Internet sebenarnya sama sahaja seperti Televisyen dan anda sebagai pengguna mempunyai kuasa untuk "MEMILIH" apa yang ingin ada lihat. Sama seperti kepentingan memilih pemakanan yang betul (nutrisi) untuk badan anda begitu juga apa yang sepatutnya anda lakukan untuk makanan minda. Tidak dinafikan sesetengah orang masih memilih nutirisi yang salah seperti merokok walaupun diketahui ianya hanya mendatangkan masalah tetapi anda TIDAK PERLU menjadi seperti mereka. Walaupun kerajaan tidak bercadang utuk menapis kandungan Internet tetapi anda masih boleh melakukan penapisan anda sendiri. Servis seperti Net Nanny malah konfigurasi sekuriti Web Browser seperti Internet Explorer juga mampu melakukan tugas tersebut. Fikirkan sebaliknya, iaitu fikirkan mengenai faedah yang boleh anda perolehi seperti memudahkan urusan perbankan, memudahkan urusniaga, belajar secara online, mendapatkan atau memberi maklumat secara pantas dan banyak lagi. Anda juga boleh menjadi penyumbang maklumat yang berguna kepada orang lain dengan laman web anda kelak.

Tiada komputer peribadi dan akaun capaian Internet sendiri(TMNet / Jaring), maka mustahil saya boleh membuat laman web.

Ini adalah tidak benar walaupun tidak dinafikan memiliki komputer peribadi dan akaun capaian Internet sendiri akan memberi sedikit kelebihan. Fail internet hanyalah fail biasa sama seperti fail Microsoft Word dan lain-lain. Anda tidak perlu berada dalam talian Internet (online) sebaliknya boleh melakukan rekabentuk laman web secara berasingan, Save pada disket dan hanya memindahkannya pada Web Server apabila anda sudah bersedia. Aktiviti begini boleh dilakukan di siber kafe, perpustakaan atau mana-mana tempat yang menyediakan kemudahan tersebut.

Laman Web dengan nama Domain pilihan hanya untuk Syarikat Berdaftar
Laman web sebenarnya terbuka kepada semua samada individu atau organisasi. Apa yang membezakan di antara keduanya ialah Domain yang ingin digunakan. Domain global seperti .com, .net, .biz dan sebagainya boleh dimiliki oleh setiap orang atau organisasi manakala Domain tempatan seperti .com.my , .org.my dan sebagainya hanya untuk syarikat yang berdaftar di Malaysia. Jadi pilihan di tangan anda. Jika anda inginkan maklumat lanjut, mungkin buku digital / elektronik Rekabentuk Laman Web ini dapat membantu:

                                             http://www.digital-reader.com

Saya harap sekurang-kurangnya anda kini sudah semakin jelas dengan penerangan yang diberi. Sekiranya anda masih tidak berapa faham mengenai perbincangan di atas hantarkan email kepada azhan98@tm.net.my dan saya akan cuba memberi jawapan sebaik yang mungkin. Persoalannya adakah anda rasa anda sudah bersedia ? Apakah sebenarnya yang menghalang anda mempelajari dan membina laman Web sendiri ?


TIPS 2 - PANDUAN MEMPELAJARI LAMAN WEB
panduan, belajar, HTML, laman web, homepage, buku digital, webmaster

Terdapat beberapa cara sekiranya anda ingin mempelajari cara membina laman web. Sekiranya anda masih baru anda mungkin tidak pasti kaedah mana yang paling mudah bagi seseorang yang bergelar "Beginner" apatah lagi jika anda tiada langsung pendidikan formal di bidang IT. Berikut beberapa pilihan yang boleh anda pertimbangkan:

o 
Membeli buku
Ini merupakan cara yang paling mudah (kecuali bagi yang tidak suka membaca) tetapi mungkin anda tidak pasti buku mana yang sesuai untuk tahap permulaan. Dari pemerhatian saya tidak banyak buku mengenai Laman Web yang ditulis dalam bahasa Malaysia. Ini mungkin halangan utama para pelajar (Maaf tetapi terpaksa saya nyatakan pelajar sekolah selalunya tidak suka membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris malah perkara yang sama juga berlaku di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam justeru itu saya menyokong 100% langkah kerajaan mengadakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Walaubagaimana pun tujuan saya menulis buku ini dalam Bahasa Malaysia tidak lebih sekadar membantu pengguna (terutamanya pelajar) atau mana-mana individu melepasi halangan utama yang saya nyatakan di atas. Sekiranya anda komited sebagaimana saya komited di dalam menghasilkan buku ini serta membimbing pengguna jika diperlukan, saya pasti tidak ada masalah untuk anda memahami dan menguasai Rekabentuk Laman Web Cara Mudah ini.

                                             http://www.digital-reader.com

Malah saya tidak akan terkejut sekiranya selepas itu anda tidak memerlukan bantuan saya lagi kerana anda mungkin sudah boleh berdikari (mengkaji pelbagai laman web bahasa Inggeris yang menawarkan maklumat cara merekabentuk laman web. Sekiranya anda ingin membeli buku mengenai laman web di kedai-kedai buku, sila ambil perhatian mengenai beberapa fakta berikut:

-       Jangan bergantung pada buku yang hanya menyentuh mengenai HTML. Ini sama seperti mempelajari DOS sedangkan semua orang sekarang menggunakan Windows 98, XP dan sebagainya. Bagus jika anda tahu mengenainya tetapi tidak penting lagi dalam proses membina laman Web dewasa ini.
-       Lihat pada isi kandungan dengan lebih teliti. Walaupun saya berlatar belakangkan IT tetapi saya memperuntukkan diri saya untuk membeli sekurang-kurangnya 2 buah buku diluar skop IT setiap bulan. Secara peribadi saya tidak gemar perbincangan yang terlalu panjang lebar tetapi lebih menyukai penerangan yang terus kepada fakta yang ingin disampaikan. Mukasurat yang tebal bukan bererti buku itu lebih baik. Walaupun anda mungkin terpaksa melabur untuk membeli lebih dari satu buku bukankah lebih elok jika buku pertama dapat memberikan gambaran secara keseluruhan ("Helicopter View") ? Inilah apa yang sebenarnya yang cuba saya sampaikan di dalam buku digital / elektronik Rekabentuk Laman Web Cara Mudah.

                                             http://www.digital-reader.com

-       Jangan membeli buku yang melibatkan pemprograman (ASP, VBScript, PHP dan sebagainya) pada peringkat permulaan. Jika anda baru ingin mengenali Internet dan laman web, buku sebegini sebenarnya hanya akan menambahkah kekeliruan dan menyakinkan anda bahawa laman web sesuatu yang sukar dan hanya untuk orang IT. Pastikan asas anda kukuh dan ambil langkah yang sesuai satu persatu. Jika anda tidak mahu melabur wang ringgit sekalipun cuba layari laman web http://www.informit.com . Terdapat banyak buku mengenai IT yang boleh anda baca di sini yang mungkin bermanfaat.

o 
Mendaftar kelas / kursus tertentu
Mengikuti kelas atau kursus juga merupakan kaedah yang baik untuk memahami mengenai laman web. Antara kelebihannya ialah anda boleh memberi lebih fokus serta mungkin mempercepatkan pemahaman. Walaubagaimanapun suka saya ingatkan bahawa berhati-hatilah di dalam memilih sesuatu kursus dan pastikan ianya berbaloi dengan pelaburan wang ringgit anda. Sesetengah pengajar mungkin menjanjikan Sijil yang diiktiraf sekadar untk menarik lebih ramai pelanggan. Kos untuk mengikuti kursus membina laman web biasanya berbeza mengikut jumlah jam, sukatan pelajaran dan syarikat yang mengendalikannya. Mungkin maklumat di bawah boleh memberi sedikit rujukan untuk proses "Benchmarking" anda :

1) Kursus Asas Pembinaan Laman Web          RM 60            4 Jam
2) Kursus Internet (Laman Web)                      RM 350
3) Kursus Jangka Pendek (1 Bulan)                 RM 550          Kolej Sal
4) Kem Remaja Lepasan Sekolah                    RM 150          2 Hari (UKM)
    -       Kursus Pemasangan Dan Baik Pulih Komputer
    -       Perisian Microsoft.
    -       Kursus Membina Laman Web.
    -       Kursus Asas Pengaturcaraan Visual Basic.
    -       Penginapan RM 150

P.S - Masih merasakan buku digital / elektronik Rekabentuk Laman Web terlalu mahal untuk pelaburan jangka panjang anda ? Anda pasti akan lebih bersedia untuk mengikuti sebarang kursus laman web yang ditawarkan jika anda memilikinya.

o 
Menyertai kumpulan perbincangan di Internet (newsgroup/mailing list)
Ini merupakan satu cara yang sangat efektif sekiranya anda ingin mendapatkan pendapat dari ramai pengguna pada satu masa yang sama. Masalahnya ialah tahap pemahaman anda mungkin tidak selari dari segi tahap pemahaman orang lain kerana setiap orang menyertai kumpulan perbincangan tersebut pada masa yang berlainan. Cara paling baik, cuba kaji apakah perbincangan terdahulu sebelum anda mengajukan soalan. Kemungkinan soalan yang ingin anda tanya sudah pun di jawab sebelum ini (sesetengah orang tidak suka mengulangi jawapan yang sama). Masalah kedua kebanyakan newsgroup atau mailing list adalah dalam bahasa Inggeris (anda walau bagaimanapun pasti akan lebih biasa bila sudah lama menggunakannya terutama bagi para pelajar :-| ) kerana ianya di mulakan oleh orang lain yang bukan warganegara Malaysia. Anda mungkin perlu mencari perlahan-lahan newsgroup atau mailing list tempatan yang membincangkan tentang pembinaan laman web secara serius kerana saya dapati ianya boleh dikatakan agak sukar untuk ditemui. Ini salah satu sebab yang saya rasakan penting untuk anda pertimbangkan untuk menjadi pembeli berdaftar buku digital / elektronik "Rekabentuk Laman Web Cara Mudah" kerana saya ingin menawarkan pengalaman dan tunjuk ajar saya secara peribadi. Tiada tarikh luput dan saya akan sentiasa memberitahu anda perkembangan terbaru mamandangkan saya terlibat secara langsung di dalam industri ini.

o 
Mendapat bantuan professional
Jika anda mempunyai saudara, rakan atau sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman di bidang IT, mereka selalunya (walaupun tidak semua) mempunyai pendedahan mengenai laman Web. Jadikan proses "bertanya" suatu amalan kerana pengalaman adalah sesuatu yang tidak ada jalan pintas. Jika anda masih tiada "Contact Person" untuk tujuan tersebut, sebagai alternatifnya jika anda pembeli berdaftar buku Rekabentuk Laman Web Cara Mudah anda berhak bertanya sebanyak mana soalan yang ingin dikemukakan dan secara automatik saya menganggap anda sebagai "tanggungjawab saya". Anda boleh memberi saya apa gelaran sekalipun: Guru, Tutor, Advisor, Consultant atau mungkin juga kenalan biasa. Objektif saya tidak lain hanya sekadar ingin membantu.

o 
Melakukan kajian peribadi melalui Internet
Merupakan kaedah yang memakan paling banyak masa. Selalunya seseorang pelayar Internet melakukannya aktiviti sebegini apabila mereka sudah tahu perkara asas lalu ingin mendalami sesuatu topik dengan lebih mendalam. Golongan sebegini juga selalunya perlu mempunyai komitmen yang tinggi. Cara sebegini juga banyak bergantung kepada kaedah "Trial & Error" kerana ketepatan maklumat yang diperolehi berbeza-beza mengikut kata carian yang digunakan pada sesebuah enjin pencari Web (Yahoo, Googles dan sebagainya). Tetapi cara begini juga penting kerana anda berpeluang mendapat input baru yang berbeza berbanding sekadar berada di dalam lingkungan pemahaman lama yang biasanya terhad.

Tidak dinafikan setiap satu dari kaedah di atas memainkan peranan masing-masing malah saya amat menggalakkan setiap orang melakukan setiap satu dari kesemua senarai di atas sekiranya mampu. Jika anda merasakan anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan perbincangan di atas, email kepada azhan98@tm.net.my . Sebarang maklumbalas dialu-alukan.


TIPS 3 - APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN DENGAN LAMAN WEB
panduan, belajar, HTML, laman web, homepage, buku digital, webmaster
Secara am, laman web bertujuan untuk anda berkongsi maklumat. Sekiranya dahulu anda terpaksa membuat "hardcopy" samada secara pos, cetakan atau salinan fotostat mengenai apa-apa maklumat dan mengedarkannya secara manual kini Internet ada cara yang lebih mudah. Bukan bermakna anda perlu melupakan 100% kaedah lama tetapi  anda perlu sedari bahawa terdapat pilihan lain dan laman web mungkin penyelesaian yang dicari.

Ringkasnya anda perlu fikirkan pengedaran maklumat melalui dimensi baru atau lebih tepat dengan cara "Self-Service". Anda membekalkan maklumat dan sesiapa yang menghendakinya bolehlah mendapatkannya sendiri (namun kadangkala anda terpaksa juga melakukan promosi terutamanya jika laman web anda berkaitan syarikat dan menawarkan apa-apa produk untuk dijual). Dengan cara ini banyak masa, tenaga & wang ringgit dapat dijimatkan kerana anda menjadi semakin efisien kerana anda TIDAK LAGI MENUNGGU UNTUK DITANYA sebaliknya sentiasa bersedia dengan maklumat yang diperlukan.

Adalah amat penting untuk anda membuat kajian awal kerana bergantung kepada jenis laman web yang anda inginkan strategi dan pengetahuan yang berbeza mungkin diperlukan. Ini adalah antara topik perbincangan buku digital / elektronik Rekabentuk Laman Web Cara Mudah yang saya hasilkan.

                                             http://www.digital-reader.com

Berikut mungkin beberapa cadangan yang boleh anda pertimbangkan. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengambil sedikit inisiatif untuk memulakan sesuatu sebagai percubaan awal dan jika perlu lakukan sedikit "Brainstorming"anda sendiri untuk mengenalpasti apakah yang mahu anda paparkan di dalam dunia siber. Apa yang saya senaraikan di bawah hanyalah sebagai idea umum sekiranya anda tidak pasti bagaimana hendak bermula.

Sebagai pelajar atau individu:
o Laman web peribadi
Sekadar suka-suka : maklumat mengenai latarbelakang, keluarga, kampung halaman malah mungkin asal-usul keturunan anda (ramai orang suka membuat pertemuan keluarga besar dewasa ini dan laman web bergambar mungkin membantu anda mengenali satu sama lain dengan lebih baik). Anda juga boleh membina laman web untuk dijadikan tempat perbincangan (bertukar-tukar soalan samada akademik atau perbincangan biasa) malah boleh juga dijadikan medium untuk berdakwah.

o Laman web persatuan, kelab atau komuniti masyarakat
Jika sekolah atau institusi pengajian anda tidak memiliki laman web lagi, ambil inisiatif dan bangunkan laman web untuknya. Jika tempat anda belajar atau bekerja memiliki kumpulan individu yang membangunkan laman web seperti Kelab Komputer, Fakulti atau Dept. IT atau apa sahaja tetapi tidak mampu membangunkan semua laman web lengkap yang diperlukan, jangan jadikan itu sebagai penghalang. Yakinkan diri anda bahawa anda boleh melakukannya sendiri. Kemungkinan juga anda terlibat dengan aktivti sosial di tempat tinggal. Sampaikan apa yang anda lakukan itu dalam internet. Mungkin akan ada lebih ramai individu yang berminat yang tidak anda ketahui untuk menyertai aktiviti yang anda lakukan. Anda juga boleh membina laman web yang memberi  laporan tentang sesuatu aktiviti atau projek untuk sekolah, tempat kerja atau komuniti masyarakat. Masih ingat pesanan ini "Anda tidak perlu menjadi Saintis Roket untuk membina laman web". Jangan terlalu berharap orang lain akan membangunkan laman web untuk anda.

o Laman web mengenai hobi dan kegemaran
Anda tidak perlu terlalu serius, apa sahaja yang anda minati boleh anda paparkan dalam Internet seperti bolasepak, artis pujaan , memancing, koleksi (muzik, foto, website kegemaran) dan sebagainya. Sebenarnya apa sahaja yang boleh anda capai melalui 5 deria pancaindera (lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa) boleh anda terjemahkan dalam bentuk laman web. Anda mungkin mendapat lebih ramai kenalan yang mempunyai minat yang sama melalui laman web yang anda bina.

# Anda mungkin tidak mendapat manfaat secara lansung seperti ganjaran wang ringgit dan sebagainya tetapi anda pasti memperolehi hasil sampingan lain seperti dari segi kepuasan, keyakinan diri dan mendapat penghormatan dari rakan-rakan lain. Malah jika kena caranya anda mungkin mendapat "Kredit Istimewa" di atas usaha yang anda lakukan.

Sebagai organisasi kecil
 o Pengenalan syarikat
Laman web boleh menjadi suatu nilai tambah pada organisasi anda. Maklumat seperti latarbelakang syarikat, siapa untuk dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut, aktiviti yang dilakukan dan sebagainya yang akan memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan anda. Anda juga boleh sentiasa meminta pelanggan merujuk kepada laman web anda semasa proses komunikasi.

o Maklumat mengenai servis atau produk yang ditawarkan
Anda boleh menyenaraikan produk anda dan lebih bagus jika ada kemudahan pembelian secara online atau sekurang-kurangnya untuk membuat tempahan. Selain dari itu anda boleh juga membuat PROMOSI secara online tanpa sebarang kos. Tidak kira apa latarbelakang produk yang anda tawarkan dan samada anda usahawan individu, pemilik kedai runcit atau sebagainya, semua orang mempunyai peluang yang sama rata. Buat pengetahuan anda sudah ramai juga pemilik kedai runcit yang mengambil langkah tersebut.

o Menyertai rangkaian servis atau khidmat berkaitan
Dengan adanya laman web sendiri anda boleh manyertai laman web yang bertindak sebagai portal (individu atau syarikat yang menghimpunkan senarai laman web berkaitan  untuk memudahkan pengguna Internet bagi tujuan pencarian dan mambuat perbandingan) berkaitan perniagaan. Atau anda juga boleh membina portal anda sendiri. Dengan cara ini anda akan menambah kredibiliti laman web anda dan laman web lain yang anda cadangkan.

Seperti yang pernah dinyatakan anda boleh bermula tanpa mengeluarkan sebarang modal dan mungkin mempertimbangkan untuk membuat sedikit pelaburan apabila anda rasakan anda ingin lebih serius. Yang penting, fikirkan sesuatu dan lakarkan di atas kertas. Kemudian jangan teragak-agak atau terlalu bertangguh untuk memulakannya. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat pengetahuan dan pengalaman yang boleh membantu apabila anda ingin beralih dari kaedah suka-suka atau cuba-cuba kepada sesutu yang mambantu diri atau organisasi anda kelak. Perbincangan mengenai perkara tersebut juga boleh dirujuk dalam buku digital / elektronik Rekabentuk Laman Web Cara Mudah.

                                             http://www.digital-reader.com

Semoga maklumat ini dapat membantu.


TIPS 4 - KEPENTINGAN RANKING, INTERNET JAUH LEBIH BESAR DARI HUTAN AMAZON

Tahukah anda statistik terkini mengenai Internet ?

Dianggarkan beberapa ribu (anda boleh mendapatkan numbor sebenar pada laman web INTERNIC  iaitu organisasi yang mengendalikan pendaftaran nama domain) laman web baru dicipta setiap hari. Daripada perangkaan tersebut Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Menariknya, perubahan drastik tersebut hanya mengambil masa 5 tahun untuk mencapai tahap seperti hari ini. Mungkin fakta tersebut sudah cukup memberikan petunjuk bahawa semua orang inginkan laman web sendiri. Jika anda sudah memilikinya Tahniah ! (tapi jangan terlalu gembira, baca dahulu tips yang ingin saya sampaikan) . Jika anda masih belum memiliki laman web, jangan risau anda masih belum terlambat:

                                             http://www.digital-reader.com

Berdasarkan fakta di atas , persoalannya bagaimanakah pengguna Internet tahu akan kewujudan laman web anda ? Biar saya ringkaskan, pergi kepada Yahoo dan taip kata carian Latest Fashion dan lihat hasilnya.

20000 records found ! atau mungkin lebih pada Enjin pencari berbeza !

Seperti orang lain, anda tiada masa untuk melihat kesemuanya satu persatu. Selalunya pengguna hanya melihat 2 atau 3 mukasurat paling hadapan hasil dari keputusan Search Engine tersebut (dan jika anda perhatikan anda pasti menyedari bahawa Search Engine berlainan mungkin mamberi keputusan serta ranking yang mungkin juga berlainan). Sebab itulah ranking laman web anda dalam Search Engine sangat penting terutama jika sasaran pengguna anda adalah pelayar Internet global. Sekalipun laman web anda bercirikan tempatan tidak bermakna anda tidak perlu bebuat apa-apa. Tidak guna memiliki laman web jika tiada pengunjung yang datang (kecuali laman web anda khas untuk senarai individu tertentu sahaja).

Biasanya ini adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
1)      Bina laman Web
2)      Hantar alamat laman web anda kepada mereka yang ingin anda beritahu
3)      Daftarkan laman Web anda pada Search Engine yang diminati
4)      Uji Search Engine tersebut untuk mengetahu samada laman web anda benar-benar wujud atau sekadar sesat dalam AMAZON SIBER.

Jika laman web anda untuk pengguna tempatan, mungkin senarai Search Engine atau Portal tempatan ini dapat membantu anda mendaftarkan laman web yang anda bina:

    BlueHyppo               http://www.bluehyppo.com
    Skali.com                 http://www.skali.com/
    Cari.com                  http://www.cari.com.my/
    Catcha.com              http://www.catcha.com.my/
    Malaysia Directory    http://www.malaysiadirectory.com/
    Jejak Malaysia          http://www.lib.usm.my/jejak/
    Melayu Net               http://www.melayu.net/
    Malaysia Central       http://www.mycen.com.my/
    New Malaysia           http://www.newmalaysia.com/
    Klue                         http://www.klue.com.my/
    BuySell                    http://auc.buysell.com.my/
    Mol.com                   http://www.mol.com/
    MyWeb                    http://www.myweb.com.my/
    Mesra Net                http://www.mesra.net/
    Virtual Malaysia        http://www.virtualmalaysia.com/
    Student.com.my       http://www.student.com.my/

Jika anda mandaftarkan laman web anda pada Search Engine global seperti di bawah maka  anda perlu strategi yang lebih dari sekadar pendaftaran:

    Yahoo                     http://www.yahoo.com
    Googles                  http://www.googles.com
    WebCrawler             http://www.webcrawler.com
    Alta Vista                 http://www.altavista.com

Untuk memudahkan tugas anda, gunakan servis "URL Submission" yang terdapat dalam Internet (sesetengahnya percuma manakala sesetengah lagi berbayar kerana ia melakukan lebih dari sekadar pendaftaran). Contohnya http://www.addme.com. Apa yang dilakukan ialah laman web anda  akan didaftarkan secara otomatik kepada berpuluh-puluh, beratus-ratus atau beribu-ribu Search Engine yang wujud (Jadi sekarang anda patut tahu bahawa Search Engine bukan sekadar Yahoo, Googles dan Alta Vista semata-mata :-| ) .

Saya juga ada membincangkan mengenai kaedah-kaedah promosi lain di dalam buku digital / elektronik Rekabentuk Laman Web Cara Mudah sekiranya anda inginkan maklumat lanjut.

                                             http://www.digital-reader.com

Ini apa yang perlu anda ketahui. Sebelum Internet menjadi terlalu besar para pembangun laman web biasanya menggunakan META TAG sebagai cara untuk memasukkan "keyword" tertentu yang mungkin akan diguna oleh pelayar internet untuk mendapatkan maklumat. Ini adalah sebahagian dari kod HTML laman web anda yang terletak di bahagian atas kod HTML tersebut. Jika "keyword" yang diguna sama atau hampir sama dengan "keyword" yang anda nyatakan maka kemungkinan laman web anda akan tersenarai. Selain dari itu "Description" bagi sesuatu laman web juga biasanya diguna oleh Search Engine sebagai rujukan.

Namun memandangkan Internet kini sudah terlalu besar dan menjadi AMAZOM SIBER maka anda tidak boleh lagi terlalu berharap kepada META TAG semata-mata. Pada hari ini terdapat suatu servis baru yang dipanggil OPTIMIZATION. Apa yang ia lakukan ialah memastikan laman web anda mempunyai Indeks yang tertinggi di dalam pangkalan data Search Engine. Optimization ini menggunakan kod-kod pemprograman yang kompleks dan biasanya anda perlu membayar untuk menggunakan servis tersebut. Bagi syarikat syarikat besar, ini tidaklah menjadi halangan kerana bagi mereka yang penting pemasaran sesuatu produk dapat dicapai oleh seramai mungkin bakal pembeli. Pembekal servis OPTIMIZATION juga pada kebiasaannya mempunyai hubungan perniagaan dengan syarikat Search Engine dimana laman web anda didaftarkan. Walaubagaimanapun anda tidak perlu terlalu risau kerana walaupun Internet semakin besar tetapi ia juga bergantung kepada kategori mana laman web anda boleh diklasifikasikan. Yang pasti Malaysia masih memerlukan banyak lagi laman web bercirikan tempatan dan persaingannya tidaklah terlalu sengit.

Jika anda merasakan ini masa yang sesuai untuk anda bersama-sama menyertai alam siber maka buat sesuatu mengenainya. Jangan berlengah dan lakukan rekabentuk laman web anda sendiri hari ini. Komputer anda terlalu mahal untuk dijadikan sekadar hiasan (atau sekadar tempat bermain Games) . Lakukan sesuatu yang lebih bermanfaat.

                                             http://www.digital-reader.com

Walaupun anda masih baru, saya rasa maklumat ini dapat menambah lagi pemahaman anda berkaitan laman web. Semoga anda memanfaatkannya dan Selamat Mencuba !


TIPS 5 - "WEB DESIGN FOR DUMMIES ?", JANGAN TERLALU NEGATIF
panduan, belajar, HTML, laman web, homepage, buku digital, webmaster
Jika anda jenis individu yang suka pergi ke kedai-kedai buku pastinya anda mendapati banyak tajuk buku yang menggunakan perkataan "Dummies" sebagai tarikan kepada seseorang yang tiada asas dalam topik yang ingin disampaikan. Bagi saya "Dummies" berbunyi terlalu negatif. Berdasarkan pengalaman bekerja saya dapati ramai orang yang berminat untuk mempelajari cara pembinaan laman Web. Saya akui ini adalah salah satu faktor pendorong mengapa saya menghasilkan buku digital / elektronik Rekabentuk Laman Web Cara Mudah tersebut.

                                             http://www.digital-reader.com

Sebabnya adalah mudah. Dari pemerhatian saya (samada di dalam atau di luar pejabat ), individu yang bertanya dan yang berminat untuk mempelajari mengenai rekabentuk laman web adalah tergolong dari latarbelakang yang berbeza-beza samada Pengurus Besar, Jurutera, Juruteknik, Kerani malah ada yang bertanya soalan bagi pihak anak mereka (saya agak terkejut juga kerana semasa saya menawarkan latihan formal percuma mengenai laman web di pejabat, sambutannya sangat menggalakkan). Dari situ saya membuat kesimpulan bahawa laman web adalah untuk semua. Walau tinggi atau rendah tahap pendidikan anda, anda sebenarnya bukanlah "Dummies" tetapi hanya mereka yang TIDAK MENDAPAT PENDEDAHAN. Samalah seperti kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pastinya anak-anak di bandar mempunyai kelebihan berbanding yang berada jauh di pendalaman. Apa yang anda perlukan sebenarnya ialah sedikit bimbingan, maklumat yang betul dan yang paling utama minat dan kesungguhan. Dengan adanya 3 elemen tersebut laman web sebenarnya mampu anda hasilkan dengan mudah dan sebab itulah saya percaya dan memilihnya sebagai tajuk buku tersebut.

Ramai rakan-rakan saya (kebanyakannya Jurutera) yang dahulunya tidak tahu langsung mengenai pembinaan laman web kini mampu membinanya sendiri setelah saya mengajar hanya tentang perkara-perkara asas. Kini sekurang-kurangnya mereka sudah mampu berdikari dan jangan anda salah anggap, pelajar biasa atau individu tanpa pendidikan di bidang IT juga tidak ada bezanya dengan Jurutera. Jika anda tiada pendedahan anda sebenarnya sama sahaja. Dengan kata lain anda bermula dengan sifar. Jika anda melihat kelas orang belajar memandu kereta atau kelas renang mungkin anda faham maksud saya (sebenarnya saya salah seorang yang baru hendak belajar berenang tanpa sebarang asas pada umur 29 tahun :-| ). Mengapa tidak ? Ini adalah salah satu perkara yang saya pelajari dari buku 'The Magic Of Thinking BIG" dimana antara lain menyatakan "USE ACTION TO CURE FEAR". Jadi bertindaklah sekarang. Sekiranya orang lain yang tiada asas laman web boleh melakukannya tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh melakukan perkara yang sama.

Yang perlu anda ketahui, sebenarnya masih ada yang ingin membantu. Biar saya beri sedikit pendedahan yang dimaksudkan untuk anda fikirkan kemudian:

1)      Laman Web hanyalah fail biasa seperti fail-fail lain (.doc,  .xls atau .ppt) tetapi dengan akhiran tersendiri (.htm , .asp dan sebagainya). Anda hanya perlu menggunakan perisian khas yang dipanggil web authoring seperti MS Front Page (terdapat banyak jenis lagi sebenarnya di pasaran) untuk tujuan tersebut.

2)      Kandungan laman web bertukar tukar-tukar apabila anda klik pada bahagian tertentu disebabkan ianya melompat dari satu fail/tempat ke satu fail/tempat lain atau apa yang dipanggil sebagai Hyperlink. Dengan kata lain anda hanya perlu belajar cara dan teknik-teknik yang betul bagaimana hendak membuat Hyperlink.

3)      Supaya semua orang boleh melihat fail laman web anda (.htm, .asp dan sebagainya) melalui Internet, fail tersebut perlu di simpan di dalam Web Server (sama seperti komputer biasa tetapi dengan kemampuan lebih tinggi dan perlu sentiasa berada dalam keadaan online). Perkara ini ada di bincangkan dengan lebih mendalam dalam buku digital / elektronik Rekabentuk Laman Web Cara Mudah tersebut.

                                             http://www.digital-reader.com

Hanya dengan mempelajari 3 perkara di atas (yang sebenarnya agak mudah), anda sudahpun memiliki kemampuan mencipta laman web (semakin besar laman web anda hanyalah bermaksud anda mempunyai lebih banyak fail laman web dan anda sebenarnya hanya mengulangi pengetahuan tentang 3 perkara di atas untuk sebanyak mana fail yang anda mahu).

Walaubagaimana pun satu lagi ciri yang penting ialah KREATIVITI. Inilah yang akan menjadikan laman web anda menarik atau tidak kerana unsur-unsur kosmetik (Gambar, Susunatur, Warna dan Animasi) adalah daya penarik kepada pengunjung. Malah 2 perkara yang lebih sukar sebenarnya ialah Kreativiti dan Perancangan. Perkara ini menjadi salah satu fokus utama buku digital / elektronik tersebut kerana 3 perkara asas yang dinyatakan tadi boleh anda fahami dengan cepat.

Bagi saya bagi seorang yang baru ingin bermula anda mungkin hanya memerlukan 1 atau 2 minggu (bergantung kepada secepat mana anda membaca buku tersebut) untuk memahami perkara asas serta pendedahan yang diperlukan. Selebihnya anda mungkin boleh berdikari sendiri atau anda sentiasa di alu-alukan untuk bertanya sebarang malumat lanjut kepada saya selepas anda menjadi pembeli berdaftar. Sementara itu, mungkin anda boleh mencuba sesuatu sebagai permulaan:

    ·       http://www.learningwebdesign.com/
    ·       http://www.dreamink.com/beginners/
    ·       http://www.make-a-web-site.com/
    ·       http://www.dotsndashes.com/archives/articles.php

Buku saya ditulis hanyalah dengan tujuan untuk meringkas (Helicopter View), memudahkan (berdasarkan fakta dan apa yang perlu diketahui sahaja) dan sebagai bahan bacaan pilihan alternatif (Bahasa Melayu).

                                             http://www.digital-reader.com


TIPS 6 - APAKAH LAMAN WEB ANDA MENARIK, BIASA ATAU MASIH BANYAK KELEMAHAN ?

Laman Web adalah suatu perkara yang SUBJEKTIF. Rekabentuk anda mungkin disukai oleh Rakan A dan pada masa yang sama tidak disukai oleh Rakan B. Sebagai contoh mudah, pemilihan warna sahaja mungkin menyebabkan anda dan sesiapa yang terlibat dalam pembangunan laman web tersebut berada dalam keadaan perbincangan yang tak berkesudahan. Jika anda membina laman web untuk kegunaan sendiri mungkin anda tidak menghadapi sebarang masalah tetapi jika anda disuruh oleh orang lain atau bekerja sebagai satu pasukan, jangan sesekali kecewa atau berputus asa jika anda terpaksa melakukan beberapa pusingan perubahan demi perubahan untuk memuaskan hati orang lain. Adakalanya laman Web memerlukan banyak kesabaran kerana walaupun mudah kadangkala melakukan proses perubahan adalah agak cerewet. Sebenarnya itu adalah suatu perkara yang normal dan nasihat saya jangan terlalu sangat memikirkannya dan buat apa yang terbaik yang mampu anda lakukan. Cara terbaik untuk  mengurangkannya ke tahap yang paling minimum adalah dengan melakukan perancangan yang seteliti yang mungkin. Topik ini ada di sentuh dalam buku digital elektronik  Rekabentuk Laman Web Cara Mudah.

                                             http://www.digital-reader.com

Walaubagaimanapun ada masanya 2 pendapat lebih elok dari 1. Setelah anda menyiapkan laman web yang anda bangunkan, pertimbangkan untuk ianya disemak oleh orang lain.Anda perlulah berkompromi dan tidak terlalu mengikut pandangan peribadi semata-mata. Di dalam Internet, terdapat juga beberapa laman web yang memberi khidmat nasihat mengenai laman web anda. Sebagai contoh mungkin terdapat banyak lagi ruang yang mungkin masih boleh anda perbaiki seperti Broken Links, Server Response Time, Graphic Optimization dan sebagainya. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh anda pertimbangkan (sesetengahnya percuma dan ada juga yang berbayar):

   
·       http://www.netmechanic.com/
    ·       http://www.siteinspector.com/
    ·       http://www.hitbox.com/cgi-bin/page.cgi?tools/doc

Setelah anda selesai dan berpuas hati, satu lagi langkah yang boleh anda pertimbangkan ialah dengan cara membuat sedikit analisis. Terdapat beberapa cara untuk membuat analisis dan pada asasnya ianya adalah berdasarkan Hits. Hits ini pula boleh dicipta pada sesetengah Web Editor, boleh dicipta sendiri menggunakan kod-kod percuma yang boleh anda download atau Copy/Paste dari Internet atau anda juga boleh melanggan perkhidmatan sedemikian. Bergantung pada kekompleksan analisis yang anda mahu, sesetengahnya percuma manakala yang lain memerlukan anda membuat sedikit pembayaran.

Tidak lupa, cara termudah yang boleh anda lakukan ialah dengan menyediakan sedikit ruang untuk pengguna yang melayari laman web anda memberikan sedikit pandangan, maklumbalas atau pertanyaan. Maklumat sebegini kadangkala memberi input yang sangat berguna.

Seperkara yang perlu anda ingat ialah laman web biasanya tidak terhenti sebak sahaja anda siap membangunkannya mengikut jadual atau kandungan yang ditetapkan. Kemaskini adalah satu lagi perkara yang perlu anda ambil berat. Dari masa ke semasa perbaiki laman web anda dan mungkin menambah ciri-ciri unik boleh memberi lebih daya tarikan. Anda tidak perlu menunggu sehingga semuanya "sempurna" dan dalam masa yang sama lakukan sedikit demi sedikit proses pembangunan laman web sehingga anda benar-benar berpuas hati. Buku saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai ciri-ciri tambahan yang boleh anda pertimbangkan.

                                             http://www.digital-reader.com



TIPS 7 - MAKSIMAKAN PENGETAHUAN, JADILAH WARGA INTERNETUAL

Saya pasti anda adalah salah seorang dari pengguna Internet yang setia. Sudah pasti anda menyedari bahawa Internet kini semakin menjadi trend di Malaysia. Untuk tips kali ini saya hanya bercadang untuk memberi anda beberapa maklumat yang berkaitan samada secara langsung atau tidak mengenai laman web. Mudah-mudahan dengan input tersebut anda lebih berminat menjadi warga Internetual dan mungkin juga semangat untuk membina laman web anda sendiri akan semakin membara. Atau sekurang-kurangnya, anda kini salah seorang diantara ribuan masyarakat Malaysia yang lebih berinformasi.

Pastikan anda tidak ketinggalan walau satu pun daripada perkara-perkara berikut (Saya cuba memberi sebahagian dari laman web yang saya rasakan agak unik, abaikan sekiranya sesetengahnya telahpun anda ketahui):

1)      Portal Malaysia - banyak yang boleh anda ketahui dari sini.
http://centre.com.my
http://www.stargate.com.my/
http://www.malaysiayellowpages.net/index.html
http://www.hotelmalaysia.com/
http://smiportal.com/
http://ww.jobstreet.com.my

2)      Internet Banking - mulakannya jika anda masih belum mencuba
http://www.maybank2u.com
http://www.channel-e.com.my/index.html
http://www.pbebank.com/ https://www.bankislam.biz/ http://www.ambb.com.my/echa/am_direct.asp
http://www.citibank.com/malaysia/internet/english/index.htm

3)      Utiliti berguna pengguna Internet - semua orang patut tahu
https://www.gotomypc.com/
http://www.freedrive.com/index.jsp
http://www.mail2web.com
http://www.ferretsoft.com/
http://ebooks.searchking.com/
http://www.informit.com
http://download.com.com/

Tujuan saya menyenaraikan laman web di atas hanyalah sekadar untuk menguji sejauh mana pemahaman anda mengenai web serta memberitahu secara tidak langsung menyampaikan mesej bahawa sebenarnya anda boleh melakukan apa sahaja di dalam Internet. Dan saya pasti kini anda sudah semakin menyukainya (Internet). Jika anda merupakan seorang yang suka mencuba atau meneroka perkara-perkara baru, tidak mustahil anda juga mampu menghasilkan suatu laman web yang unik. Laman web yang mampu memberi sesuatu samada berbentuk maklumat atau perkhidmatan yang berguna tidak ada sebab untuk ianya tidak dikunjungi dan diminati ramai. Namun anda perlulah bermula sedikit demi sedikit kerana setiap sesuatu bermula dengan langkah pertama. Mungkin buku digital / elektronik Rekabentuk Laman Web Cara Mudah ini dapat membantu anda mengambil langkah tersebut.

                                             http://www.digital-reader.com

Di dalam TIPS yang berikutnya saya akan cuba menceritakan salah satu perkara yang boleh anda lakukan di dalam Internet iaitu apa yang perlu anda tahu untuk bergelar Usahawan Siber. Jadi pastikan anda mengikutinya.

P.S -  Di dalam buku digital /elektronik Rekabentuk Laman Web Cara Mudah yang saya hasilkan, saya turut menyenarai serta membincangkan 12 servis yang terdapat di dalam Internet yang boleh anda gunakan secara langsung di dalam proses membina laman web. Dapatkannya jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.


TIPS 8 - USAHAWAN SIBER ? APA YANG PERLU ANDA TAHU

Terdapat 2 pilihan sekiranya anda berminat untuk menjadi Usahawan Siber samada:
1)      Anda mempunyai produk sendiri (berbentuk perkhidmatan, fizikal atau digital)
2)      Anda menjual produk orang lain (reseller atau bertindak sebagai Affiliates)

Walau apapun produk yang ingin dipasarkan anda perlulah merangka strategi yang betul. Seringkali juga perniagaan yang dijalankan secara Online dilaporkan gulung tikar selepas beberapa bulan atau dalam tempoh 2 tahun pertama. Untuk mengelakkan anda mengalaminya pastikan anda menanamkan konsep "DO IT RIGHT THE FIRST TIME" di dalam pemikiran anda. Salah satu dari caranya ialah dengan memperolehi serta mengukuhkan pengetahuan asas ("Back to Basic").

                                             http://www.digital-reader.com

Bergantung kepada saiz perniagaan yang ingin anda jalankan, berikut beberapa perkara yang perlu anda ketahui serta pertimbangkan.

1)     
Memiliki nama domain sendiri
-       Ini merupakan faktor penting kerana imej anda di dunia siber akan menentukan tahap keyakinan bakal pembeli terhadap produk yang ditawarkan. Beri nama domain yang bersesuaian dengan produk yang ingin dipasarkan.

2)     
Menerima bayaran secara online (Kad Kredit)
-       Merupakan faktor penting kerana tujuan Internet adalah untuk memudahkan. Walaupun membeli belah secara online ini agak baru bagi rakyat Malaysia tetapi sudah menjadi kebiasaan bagi negara-negara yang maju terutamanya di Amerika Syarikat. Ini penting terutamanya jika anda ingin pergi lebih jauh iaitu ke peringkat pasaran global.
-       Apa yang anda perlukan ialah melanggan servis iaitu dengan membuka akaun dengan Internet Merchant Bank yang menawarkan khidmat sedemikian. Atau anda juga boleh melanggan dengan syarikat-syarikat yang membekalkan perkhidmatan menerima bayaran melalui Kad Kredit secara online. Sama seperti mendaftar nama domain, anda tidak perlu terhad kepada servis yang terdapat di Malaysia tetapi boleh juga menggunakan servis global. Mungkin maklumat berikut dapat membantu (sekadar sebahagian dari senarai).

Global :

http://www.charge.com
http://www.bizhosting.com
http://clickbank.com
http://www.paypal.com
http://www.aismedia.com/ecommerce/index.htm
http://www.ibill.com/
panduan, belajar, HTML, laman web, homepage, buku digital, webmaster

Tempatan:
http://www.netmyne.com/comm_host/comm.htm
http://www.malaysiaindex.com/miva.html
http://www.icommerce.com.my/
http://www.e-globalhosting.com

Mungkin laman web ini juga menarik untuk anda kunjungi : http://www.ec.com.my/. Selalunya tiada masalah bagi kebanyakan kad kredit diterima untuk tujuan transaksi di Internet seperti Master Card dan Visa.

Pertimbangkan 2 fakta berikut sebelum anda membuat pemilihan akhir:
        a)      Kadar "charge" yang dikenakan bagi setiap transaksi
        b)      Yuran tahunan (sekitar RM 1000 - RM 3000 setahun bergantung kepada pakej yang ditawarkan)

3)      Menggunakan servis URL Submission dan Search Engine Optimiztion
-       Ini adalah apa yang kita bincangkan di dalam TIPS-4 sebelum ini

4)      Menggunakan servis Auto Responder
-       Seperti yang anda ketahui, "follow-up" merupakan antara faktor terpenting di dalam pemasaran dan inilah apa yang servis ini tawarkan. Dengan cara ini anda sebenarnya boleh menjimatkan banyak masa menyakinkan serta meningkatkan potensi pembelian pengguna.
-       Antara servis yang boleh anda langgani:
a)     
http://autorpro.com/
b)      http://www.getresponse.com/
c)      http://hotresponders.com/

Di waktu ini sebenarnya sudah semakin ramai individu atau syarikat Malaysia yang melibatkan diri dalam perniagaan melalui Internet. Di sini juga saya senaraikan beberapa laman web berkaitan usahawan siber di Malaysia:

http://smiportal.com/
http://www.usahawan.com.my/
http://www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my/dumei.html
http://www.mfa.org.my/index.php

Akhir sekali, jika anda sudah bersedia untuk melibatkan diri sebagai USAHAWAN SIBER pastikan anda memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan mengenai rekabentuk laman web kerana di situlah (Internet) anda akan beroperasi kelak. Samada anda melakukannya sendiri atau mengupah orang lain, saya pasti buku digital / elektronik Rekabentuk Laman Web Cara Mudah ini akan dapat membantu.

                                             http://www.digital-reader.com

" Knowledge Is Not Enough, We Must Apply. Willingness Is Not Enough, We Must Do"


TIPS 9 - PENGGODAM (HACKERS) DAN ASAS KESELAMATAN LAMAN WEB

Selain dari aspek rekabentuk dan penyelenggaraan laman web ada baiknya anda mengetahui sedikit sebanyak mengenai "HACKERS". Ini kerana sekiranya laman web anda diceroboh maka sia-sialah segala penah lelah yang telah anda curahkan semasa membangunkan laman web tersebut. Jika anda menggunakan khidmat web hosting atau storan percuma, perkara ini tidak perlu anda risaukan sangat kerana kebiasaannya mereka yang membekalkan khidmat tersebut akan memantaukannya bagi pihak anda. Namun ini menjadi kritikal jika anda menyelenggarakan web server anda sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu storan Internet percuma, Web Hosting dan Web Server dapatkan buku digital / elektronik Rekabentuk Laman Web Cara Mudah ini.

                                             http://www.digital-reader.com

Jika anda tidak memiliki atau tidak bercadang memiliki Web Server sendiri maka anggap sahaja ini sebagai pengetahuan am yang perlu anda ketahui.

Siapakah penggodam (Hackers) dan apa yang mampu mereka lakukan
Apa yang anda perlu ketahui, tidak semua hackers adalah genius. Ini kerana terdapat banyak laman web yang mengajar pengguna bagaimana hendak menjadi HACKERS.

http://www.ciwstudy.com/info/beg.htm
http://www.penetrationtest.com/1_hacker_tools_hacking_tips_internet_security.htm
http://www.users.on.net/johnson/resourcehacker/
http://members.fortunecity.com/physkoklown420/id3.htm

Selain dari itu "Hacking" terhadap laman web biasanya berlaku apabila mereka dapat memasuki web server anda menggunakan pelbagai teknik tertentu. Apabila ini berlaku maka sebenarnya mereka kini mempunyai kebolehan "mengusik" apa-apa sahaja yang terdapat di dalam web server tersebut. Ini boleh jadi menukar kandungan fail laman web (html), membuang fail tersebut atau mungkin juga menyebarkan virus yang mungkin menyebabkan laman web anda semakin lambat atau tidak berfungi sama sekali. Kebiasaannya mereka melakukan aktiviti tersebut hanya atas dasar suka-suka (tetapi ia tetap sesuatu ancaman yang serius ) walaupun ramai juga yang professional seperti memintas transaksi pembayaran Kad Kredit secara online.

Seperkara lagi ancaman Hackers sebenarnya agak minimum jika anda menggunakan sambungan ke ISP menggunakan talian telefon untuk mencapai Internet kerana IP address anda adalah dipilih secara rawak. Sebaliknya rangkaian organisasi lebih terdedah kerana selain IP address yang tetap kebiasaanya juga terdapat lebih banyak protokol yang perlu dijaga yang selalunya berhubungkait antara satu sama lain seperti FTP & TELNET selain protokol HTTP.

Bagaimana laman web boleh ditembusi Hackers ?
Jika anda melawati laman web dengan fungsi Java atau Active X yang tak diketahui. Maklumat mengenai komputer anda boleh dicuri dari situ iaitu dengan menggunakan apa yang dipanggil Cookies.
o Jika anda menggunakan password yang mudah di duga. 
o Jika ada file sharing yang tidak sepatutnya. Imbasan terhadap port web server (biasanya port 80) boleh dilakukan terhadap komputer anda dan terhasillah pintu belakang untuk dimasuki.
o Jika administrator anda tidak menukar default password semasa proses installation sesuatu Server atau perisian tertentu.

Bagaimana hendak mengatasinya dan asas keselamatan laman web
1)      Menggunakan FIREWALL
         Iitu sistem yang memastikan polisi keselamatan antara 2 network berlainan
         ntuk maklumat lanjut kunjungi site berikut:
        http://www.interhack.net/pubs/fwfaq/#SECTION00030000000000000000
Sebagai contoh : Black Ice Defender

2)      Menggunakan perisian keselamatan (Website Protection Software)
         Sebagai contoh :   WebAgain version 2.5
         Zone Alarm 2.0 (percuma)
3)      Mengenakan password untuk laman web yang dirasakan sensitif. Ini boleh dilakukan dengan dengan sedikit pemprograman Internet.

         # Terdapat banyak bahasa pemprograman Internet yang popular dewasa ini. Buku digital elektronik Rekabentuk Laman Web ini ada membincangkan mengenainya.

                                             http://www.digital-reader.com

4)      Mencuba tahap keselamatan laman web anda
Sebelum anda berasa laman web anda cukup kebal, fikirkannya sekali lagi . Anda boleh mencuba servis seperti SecurityLogics yang akan melakukan beberapa     siri ujian untuk tujuan tersebut. http://www.securitylogics.com/securitycheck.adp
Mungkin juga anda perlu meluangkan sedikit masa di laman-laman web berikut  untuk mendapatkan maklumat lanjut :
        ·       CERT Coordination Center http://www.cert.org
        ·       Conqwest.Com http://www.conqwest.com/
        ·       SecurityFocus.Com http://www.securityfocus.com/
        ·       SecurityWatch.Com http://www.securitywatch.com/
        ·       Information Security Magazine http://www.infosecuritymag.com/

Ingatlah bahawa Laman Web anda adalah hasil penah lelah anda. Lungkan sedikit masa untuk menjamin keselamatannya. Saya rasa cukuplah setakat ini dulu. Harapan saya semoga apa yang disampaikan ini dimanfaatkan.


© Digital Reader.com.
http://www.digital-reader.com